Buletin

VANGUARD CITICAR – NENEK MOYANG KERETA ELEKTRIK?

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

EV ataupun kenderaan berkuasa elektrik sudah pun menjadi topik biasa perbualan pasal kereta di mana sahaja pada masa kini. Di kedai kopi, semasa mesyuarat, dalam kumpulan WhatsApp dan banyak lagi bila timbul perbualan pasal kereta mesti ada yang sebut pasal EV.

Itu belum lagi bila dengar kawan nak beli kereta baru, terus dicadangkan model-model seperti Tesla, Nissan Leaf, Toyota Mirae dan macam-macam idea yang tak masuk akal. Mana taknya, satu kita ada di Malaysia (yang harga Vios pun dah boleh tahan tak murahnya) dan satu lagi cuba la semak dulu harga Tesla tu bang oi. Kawan kita tu bukannya jutawan kosmetik.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Okey balik ke topik asal. Rupanya lama sebelum kenderaan EV ni memasuki pasaran sudah ada kereta elektrik yang dipasarkan kepada umum. Kira nenek moyang EV lah ni. Mana taknya, ia sudah dikeluarkan antara tahun 1974 hinggalah ke tahun 1977. Lama dah tu, dah hampir sebaya dengan Abang Japar.

BACA: SISTEM PENGECAS NISSAN INI MAMPU CAS PENUH EV DALAM MASA 2 JAM!

Ia merupakan sebuah kereta elektrik buatan Amerika dan dinamakan Vanguard CitiCar dan berbentuk hampir segitiga dan bersaiz sebesar golf-cart. Ia bukanlah kereta elektrik yang pertama di dunia tetapi antara yang berjaya dipasarkan pada zamannya.

Ia merupakan jawapan kepada krisis minyak yang melanda dunia sekitar tahun 70-an. Vanguard CitiCar ini dihasilkan oleh syarikat Sebring di Florida.

Berdasarkan saiznya ia memang bukannya dihasilkan untuk menggantikan kereta biasa tetapi lebih kepada kegunaan di dalam bandar ataupun untuk jarak dekat dan menjimatkan petrol yang digunakan oleh kereta biasa anda. Tahulah sajalah berapa besar cc kereta untuk pasaran Amerika dari dulu hingga sekarang.

Ia memang diinspirasikan daripada golf-cart tetapi dalam versi yang lebih tertutup. Model awal dikuasakan oleh enam bateri asid berplumbum 6V yang kemudiannya disambung kepada motor 3.5 kuasa kuda untuk menggerakkannya. Jika anda rasa 3.5 kuasa kuda itu sudah mencukupi untuk menggerakkan kereta sekecil ini jawapannya memang anda tersilap. Walaupun kecil tapi kereta ini berat sebenarnya apatah lagi dengan bateri teknologi lama yang digunakan.

Lebih tepat lagi kereta ini mempunyai berat 544 kg tetapi hanya mempunyai 3.5 kuasa kuda! Hasilnya ialah kelajuan maksima 40 km/j, jadilah untuk kedai beli hot dog ataupun rokok daun.

Model seterusnya mempunyai 8 buah bateri dan peningkatan kuasa kuda kepada 6. Kelajuannya maksima juge meningkat kepada 64 km/j. Cukup untuk digunakan di jalan raya biasa tetapi bukan untuk lebuh raya. Ia boleh beroperasi sehingga 60 kilometer dan boleh dicas semula menggunakan soket 110V dan mengambil masa 8 jam untuk cas penuh.

Tempoh pengeluaran kereta ini tidaklah lama sangat sehingga tahun 1977 sahaja kerana krisis bahan api yang melanda pun tidaklah teruk sangat sehingga semua terpaksa membeli kereta sekecil ini.

Bagaimanapun masih ada syarikat yang berminat mengeluarkannya kembali sekitar tahun 1979 oleh sebuah syarikat yang dinamakan Commuter Vehicles. Namanya kereta ini juga telah ditukar kepada Comuta-Car. Ia kemudiannya dikembangkan kepada bentuk van dengan tambahan kuasa bateri dan motor baru berkuasa 12 kuasa kuda dan bertahan sehingga tahun 1982 sebelum dihentikan pengeluaran

Jualannya juga tidaklah begitu menggalakan kerana ia cuma terjual sebanyak 4,400 unit tapisebenarnya sudah cukup baik untuk sebuah kereta elektrik yang primitif. Kini kenderaan EV sudah pun menjadi trend masa kini dan cukup popular. Yang tak seronoknya cuma satu sahaja iaitu harganya yang cukup-cukup cekik kedarah. Itu belum campur kos cas semula yang sebenarnya tidaklah begitu murah. Dia tak macam cas telefon pintar tau bang.

Tags
Google ads
Back to top button