
VW POLO CROSSOVER DIKELUARKAN 2017?
Generasi Volkswagen (VW) Polo seterusnya dijangka tiba tahun hadapan. Dilaporkan model tersebut akan mula memasuki barisan pengeluaran pada Jun 2017. Generasi keenam VW Polo tidak akan didatangkan dengan hatchback tiga pintu. Tetapi bakal didatangkan dalam bentuk crossover.
Crossover masa hadapan itu telah dimodifikasi daripada asas badan VW Golf Mk7. Salah satu perubahan paling ketara boleh dilihat daripada VW Golf itu ialah peningkatan jarak kelegaan tanah.
VW menunjukkan minat mereka dalam segmen crossover menerusi tontonan model konsep VW T-Cross Breeze pada Geneva Motor Show 2016. Crossover convertible secara tidak langsung menterjemahkan rekaan luaran VW Polo 2017.
Model kompak crossover itu akan berkongsi platform MQB, enjin, transmisi dan elemen lain pada VW Polo. Pilihan enjin ialah diesel dan petrol dengan sesaran 1.0 liter sehingga 1.8 liter. Sementara pilihan transmisi pula ialah manual lima kelajuan dan 6-kelajuan serta dual klac automatik 7-kelajuan.