
Buletin
TOYOTA LANJUTKAN WARANTI KEPADA LIMA TAHUN
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota), pengedar rasmi jenama Toyota di Malaysia mengumumkan lanjutan waranti kepada lima tahun dengan perbatuan tanpa had (bergantung kepada terma dan syarat).
Pengenalan waranti lima tahun itu ditawarkan kepada semua model pemasangan tempatan (CKD) dan model import Toyota yang didaftarkan bermula 1 April 2016.
Bagi menghargai pelanggan sedia ada, UMW Toyota turut menawarkan program waranti lima tahun berkenaan dengan sekali caj. Bergantung kepada model. Tawaran itu hanya boleh didapati bermula 1 April sehingga 30 September 2016. Pelanggan yang mendaftar akan menerima pakej servis MaxCheck Advance percuma.
Perlindungan jaminan itu juga ditawarkan pada Toyota Hilux dan Toyota Hiace. Walaupun kedua-dua model itu biasanya digunakan untuk tugas-tugas berat.
Syarat layak, pemilik perlu mematuhi selang servis berjadual di pusat servis Toyota. Sekiranya pemilik menggunakan alat ganti tidak asli dan perubahan teknikal yang tidak dibenarkan atau diluluskan oleh Toyota, waranti berkenaan akan terbatal secara automatik.
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perlindungan jaminan berkenaan di semua bilik pameran Toyota atau menghubungi talian 1800-8-TOYOTA (869682).