VW TAWAR SERVIS SERAH KERETA BAHARU SECARA PERCUMA TERUS KE RUMAH
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan satu inisiatif jualan baharu yang membolehkan pelanggan Volkswagen memilih untuk kereta mereka dihantar terus ke rumah.
Berpegang kepada falsafah jenama Volkswagen, ia nyata memudahkan penghantaran kepada pelanggan, selari dengan amalan normal baharu.
Perkhidmatan itu boleh didapati di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Penghantaran adalah percuma untuk pelanggan yang tinggal dalam radius 20km dari pengedar yang dipilih.
Semua kenderaan itu akan dihantar menggunakan sebuah trak flatbed tunggal dan ditutup sepenuhnya dengan kanvas. Ini bagi memastikan ia berada dalam kondisi terbaik.
Bagi mematuhi garis panduan yang ketat, trak itu akan dinyah kuman sebelum dan selepas penyerahan.
Bagi memberi keselamatan tambahan, Welcome Kit dan kunci akan diletakkan di dalam kereta yang dikunci.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my
VPCM kini juga ada menawarkan pakej servis Volkswagen Deep Sanitisation pada harga bermula RM80. Pakej itu mampu menghapuskan 99 peratus kuman dan bakteria di ruang kabin dan sistem pendingin hawa.