Buletin

PROTON LANTIK ROSLAN ABDULLAH DILANTIK SEBAGAI NAIB PRESIDEN JUALAN DAN PEMASARAN

PROTON semalam mengumumkan pelantikan Roslan Abdullah sebagai Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran baharunya. Pada masa yang sama, beliau turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd (PESB), anak syarikat milik penuh PROTON.

PESB bertanggungjawab menguruskan aspek pengedaran kereta-kereta Proton dan menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan kepada pelanggan, berkuat kuasa 1 Jun 2020.

Setelah hampir tiga dekad berkecimpung dalam sektor automotif, Roslan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas berkaitan landskap automotif di Malaysia.

Jawatan yang pernah disandang termasuklah di bahagian kewangan, operasi dan jualan.

Sebelum menyertai PROTON, pemegang Ijazah Kewangan & Perakaunan dari University of Brighton, United Kingdom ini memantau operasi di DRB-HICOM Defense Technologies (DEFTECH).

Pelantikan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan PROTON bagi mencapai matlamat dan objektif jangka panjang syarikat.

“Syarikat amat mengalu-alukan kehadiran beliau untuk menjadi sebahagian daripada PROTON. Kami mengharapkan agar beliau dapat membantu meningkatkan prestasi PROTON pada waktu yang mencabar ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Google ads
Back to top button