
WALKCAR SKUTER ELEKTRIK PALING KECIL. DIJUAL PADA HARGA RM8,211
Cocoa Motors menawarkan kemungkinan skuter elektrik paling kecil di dunia yang dikenali sebagai Walkcar.
Berikutan saiznya yang terlalu kecil iaitu kira-kira sebesar iPad, ia boleh dimasukkan ke dalam beg sahaja.
Walkcar mula diumumkan pada tahun 2015 dan mendapat maklum balas menggalakkan daripada peminat peranti di negara asal, Jepun.

Ia memiliki ukuran 33 cm dan diperbuat daripada gentian fiber bagi memastikan ia kalis calar.
Selain itu, Walkcar mempunyai berat 2.9 kg sahaja menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Didatangkan dengan dua warna pilihan biru (Idea Blue) dan perak (Ipsum Silver).

Ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti brek automatik dan berhenti secara automatic malah didatangkan bersama tiga mod pengendalian.
Dari segi kelajuan pula, Walkcar memecut pada kelajuan 16 km/j dalam jarak 5 km menggunakan mod Sport manakala kelajuan paling rendah pula kira-kira 6 km/j.

Skuter elektrik yang mendapat khidmat bateri 68 Wh dikendalikan melalui pergerakan penunggang mengikut sensor.
Kini, skuter elektrik kecil ini boleh didapati melalui penghantaran secara global. Dijual pada harga AS$1,980 (RM 8,211). – autoevolution
- BACA: VIN DIESEL JADI JAMES BOND BAHARU? BAWA SKUTER ELEKTRIK!!!
- BACA: ADA GUNA JUGA SKUTER ELEKTRIK. JADI PENGHADANG JALAN MASA TUNJUK PERASAAN
- BACA: YAMAHA LANCAR SKUTER ELEKTRIK EC-05 PADA 1 OGOS DI TAIWAN – RM13,350 SEUNIT
- BACA: YAMAHA PERKENAL SKUTER ELEKTRIK EC-05 – GUNA TEKNOLOGI TUKAR BATERI GOGORO



