Motosikal

WANITA MENANGIS ANAK ISI AIR DALAM TANGKI MINYAK MOTOSIKAL

Satu klip video tular di media sosial Indonesia menunjukkan reaksi seorang wanita yang menangis apabila anaknya memasukkan air ke dalam tangki petrol motosikalnya, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @internonaa. Berdasarkan rakaman tersebut, wanita itu membuka penutup tangki minyak motosikalnya dan mendapati ia dipenuhi air. 

Dia memaklumkan bahawa perbuatan itu dilakukan anak kecilnya walaupun baru sahaja mengisi penuh minyak di kedai.

Dia juga mengetahui perbuatan itu apabila mendapati lantai di kawasan tersebut basah dan berbau minyak. Wanita itu turut dilihat mencelupkan jari ke dalam lubang tangki minyak untuk memastikan ia dipenuhi air. 

Video itu pantas mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Anak pintar bantu ibu mencuci tangki minyak,” kata seorang netizen. “Sakit tidak berdarah,” komen netizen lain. – Agensi

Google ads
Back to top button