" "
Buletin

THE ROCK HADIAHKAN BEKAS PENGURUS FORD F-150. MENANGIS BRADER TU…

Pelakon terkenal yang juga bekas bintang gusti, The Rock memang seorang individu yang pemurah.

Sebelum ini, dia sudah banyak menghadiahkan kereta kepada ahli keluarga, kawan serta bekas rakan sekerja yang disifatkan sebagai orang penting dalam membentuk kerjayanya.

Malah, ada juga hadiah yang diberikan kepada mereka yang tidak pernah dia kenali sebelum ini.

Kemurahan hati The Rock membuatkan ada yang memanggilnya sebagai Santa. Dia juga selalu berseloroh dengan memanggil dirinya sendiri Dwanta di media sosial.

Baru-baru ini, seorang lagi individu menerima hadiah daripada The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson. Pengurus pertamanya, Brune Lauer atau lebih dikenali sebagai Downtown Bruno merupakan orang penting dalam kerjaya The Rock.

Ketika berusia 15 tahun, pelakon itu terbang ke Nashville dari Hawaii untuk menjadi seorang ahli gusti. Bruno menjaganya dan tinggal di dalam sebuah trailer di Walls, Mississippi.

Bruno juga menjadi individu yang membeli kereta pertama The Rock. Kereta Thurderbird itu dibeli dari seorang penagih dadah pada harga AS$40 (RM160). Selepas dipandu, mereka baru sedar ada seorang lagi penagih di dalam kereta dan dia juga meminta jumlah sama untuk kereta berkenaan.

Bagi membalas jasa Bruno, The Rock membelikan lelaki itu sebuah Ford F-150 yang membuatkan dia menangis.

“Merry Christmas Bruno. Memandangkan awak bantu saya beli kereta pertama, saya rasa saya perlu balas jasa dengan membelikan awak sebuah kereta baharu tanpa penagih dadah di dalamnya,” kata The Rock.

Walaupun nampak ganas, baik hati hati sebenarnya mamat ni…  



Google ads
Back to top button