Buletin

TIPAH TERTIPU, BELI SET KARPET LANTAI BERNILAI RM1,400. SAMPAI SAIZ MINI JE!!!

Seorang pengumpul kereta, Hedge Burley bingung dan malu apabila mendapati set karpet kereta yang dibeli secara online pada harga £245 (RM1,400) lebih kecil daripada tapak tangannya.

Set karpet berkenaan dibeli sebagai hadian sempena ulang tahun suaminya untuk diletakkan pada kereta Ford Cosworth 1986 milik mereka.

Dia memberitahu tidak tahu hendak menangis atau ketawa apabila menerima set karpet tersebut.

“Saya melakukan pencarian di internet dan menemui sebuah laman web menjual karpet kereta sama seperti yang saya mahukan.

“Saya terus membeli set karpet tersebut yang dijual pada harga £245 (RM1,400) dan menyangka ia memiliki saiz sebenar berdasarkan paparan harga,” katanya.

Bagaimanapun, siapa sangka pembelian set karpet lantai tersebut lebih kecil daripada tapak tangannya.

Bahkan, anak lelaki wanita berusia 40 tahun itu turut memberitahu ini merupakan sebab mengapa orang tua tidak dibenarkan menggunakan internet.

 “Saya cuba menghubungi penjual tersebut untuk mendapatkan refund tetapi laman web itu sudah tidak aktif,” katanya. – Mirror

Google ads
Back to top button