Buletin

WIRA PARALIMPIK PARIS DIRAIKAN, CHERY MALAYSIA SERAH KERETA BAHARU

Chery Malaysia meraikan kejayaan para atlet Paralimpik negara dalam satu majlis khas yang berlangsung di bilik pameran Chery di Glenmarie, Selangor.

Majlis ini menyaksikan kehadiran para atlet bersama ahli keluarga mereka, pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Paralimpik Malaysia, serta wakil dari Chery Malaysia.

Turut diadakan ialah sesi penyerahan kenderaan kepada atlet yang telah membeli model Chery dengan potongan harga eksklusif ditawarkan kepada mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif penghargaan Chery.

Tahun lalu, Chery Malaysia menawarkan diskaun istimewa kepada atlet Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 bagi pembelian kenderaan Chery.

Inisiatif ini memberi peluang kepada para atlet untuk menikmati teknologi automotif canggih serta mobiliti lestari yang ditawarkan oleh jenama ini.

Sebagai tanda penghargaan kepada pencapaian mereka, atlet yang merangkul pingat emas layak menerima diskaun sebanyak 50 peratus untuk model-model SUV Chery seperti TIGGO 8 PRO, OMODA 5, dan OMODA E5.

Sementara itu, atlet memenangi pingat perak serta mereka yang berjaya ke peringkat separuh akhir dan akhir menerima diskaun sebanyak 30 peratus.

Selain itu, semua atlet yang layak bertanding di Olimpik dan Paralimpik 2024 turut menikmati diskaun 15 peratus untuk model kenderaan yang sama.

Dalam majlis tersebut, Chery menyerahkan model OMODA 5 kepada pemenang pingat perak acara lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli, manakala juara badminton yang meraih pingat emas, Cheah Liek Hou, menerima model OMODA E5.

Atlet angkat berat negara dan pemegang rekod dunia, Bonnie Bunyau Gustin, turut menempah model TIGGO 8 PRO, namun tidak dapat menghadiri majlis berkenaan.

Google ads
"
"
Back to top button