Buletin

MERCEDES-BENZ DAN MAG SEDIA KENDERAAN MEWAH ANTARA TERMINAL DI KLIA

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines, telah mengumumkan kerjasama strategik bertujuan menawarkan pengalaman perjalanan mewah bagi pelanggan eksklusif mereka.

Pengumuman ini dibuat dalam sebuah majlis istimewa di Hap Seng Star Setia Alam, menandakan komitmen bersama kedua-dua jenama dalam menawarkan kemewahan dan keselesaan tanpa kompromi.

Bermula 16 Januari 2025, Malaysia Airlines akan menawarkan perkhidmatan Private Terminal Transfer Service menggunakan sedan mewah daripada Mercedes-Benz Malaysia.

Armada ini merangkumi model Mercedes-Benz S 580 e Plug-in Hybrid serta Mercedes-Benz EQS 500 4MATIC yang serba elektrik.

Disediakan sepanjang 24 jam, perkhidmatan ini memastikan pemindahan lancar bagi penumpang terpilih antara Terminal Utama KLIA 1 dan Bangunan Satelit, membawakan pengalaman perjalanan bertaraf dunia.

Kerjasama ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan perjalanan, tetapi juga memberikan pelbagai keistimewaan eksklusif kepada pelanggan setia kedua-dua jenama, antaranya:

  • Ahli Enrich Platinum dan Gold Malaysia Airlines bakal menikmati ganjaran eksklusif #MyMercedesRewards untuk model Mercedes-Benz serba elektrik dan plug-in hybrid terpilih.
  • Selain itu, ahli yang membeli kenderaan baharu Mercedes-Benz tahun ini berpeluang menyertai lawatan eksklusif ke Jerman bagi merasai pengalaman dunia Mercedes-Benz.
  • Akses kepada acara eksklusif – Ahli Enrich Malaysia Airlines akan diundang ke acara istimewa Mercedes-Benz Malaysia, manakala pemilik kenderaan Mercedes-Benz pula berpeluang menikmati pengalaman premium bersama Malaysia Airlines dalam acara khas yang disusun rapi untuk pelanggan elit.
  • Perjalanan lebih mewah – Bermula 1 Mac 2025, setiap pelanggan yang membeli kenderaan Mercedes-Benz akan mendapat akses sepanjang tahun ke perkhidmatan Private Terminal Transfer Malaysia Airlines.

Gabungan inovasi kemewahan Mercedes-Benz dengan hospitaliti bertaraf dunia Malaysia Airlines menetapkan penanda aras baharu dalam pengalaman perjalanan premium di rantau ini.

Kerjasama ini bukan sekadar menawarkan keselesaan, malah membentuk masa depan perjalanan mewah untuk pelanggan yang menghargai kualiti dan gaya hidup eksklusif.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai kerjasama ini, layari www.mercedes-benz.com.my atau www.malaysiaairlines.com.

Google ads
"
"
Back to top button