Buletin

TEMPAHAN DENZA D9 KINI DIBUKA – JANA 313PS, TAWAR JARAK GERAK SEHINGGA 520KM

Denza Sime Darby Motors kini mengumumkan pembukaan tempahan bagi model MPV elektrik mewah, Denza D9, di Malaysia.

Dengan dimensi 5,250mm panjang, 1,950mm lebar, dan 1,920mm tinggi dengan jarak roda 3,110mm, Denza D9 direka untuk bersaing dengan Toyota Alphard, Vellfire serta Zeekr 009.

Di pasaran Malaysia, Denza D9 ditawarkan dua varian iaitu Advanced FWD dan Premium AWD.

Kedua-dua varian dikuasakan oleh bateri lithium iron phosphate (LFP) 103kWh Blade yang menawarkan jarak sehingga 520km (WLTP) untuk model FWD dan 480km bagi versi AWD.

Dari segi kuasa, model pacuan roda depan dengan kuasa 313PS dan 360Nm tork, manakala varian pacuan semua roda, menghasilkan output 374PS dan 470Nm tork.

Sokongan pengecasan pantas hingga 166 kW DC serta pengecas AC 11 kW turut disertakan. Denza D9 juga dilengkapi dengan sistem suspensi adaptif DiSus-C Intelligent Damping Body Control System dari BYD.

Di dalam kabin, ia dijangka menyamai model di Thailand, termasuk paparan instrumen digital 10.25-inci, skrin infotainmen 15.6-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta tempat duduk kapten di barisan kedua dengan larasan kuasa, sokongan lumbar, fungsi liang udara dan urutan.

Kelengkapan lain termasuklah menawarkan tiga pengecas tanpa wayar Qi 50-watt di bahagian hadapan dan barisan kedua, serta sistem audio Dynaudio dengan 14-pembesar suara.

Ia turut dibekalkan dengan ciri VtoL yang membolehkan Denza D9 digunakan sebagai sumber kuasa untuk peranti luaran, selain dilengkapi Sistem Kawalan Suara Pintar, yang membolehkan pemandu dan penumpang mengoperasikan ciri seperti larasan suhu, tingkap, dan sistem audio hanya dengan menyebut ‘Hi DENZA’.”

Beralih pada harga pula, tiada pendedahan dilakukan untuk pasaran Malaysia namun, berdasarkan harga di Thailand, ia dijangka berada dalam julat yang hampir sama.

Di Thailand, varian Premium ditawarkan pada harga promosi 1,999,900 baht (RM262,700), manakala versi Performance AWD pula berharga 2,699,900 baht (RM354,700) sehingga akhir bulan ini.

Harga Denza D9 di Indonesia pula ditetapkan pada Rp950 juta (sekitar RM278,000), menjadikannya pilihan yang agak kompetitif dalam segmennya. – Paultan

Google ads
"
"
Back to top button