" "
Motosikal

YAMAHA XMAX DAPAT PENGHADANG ANGIN ELEKTRONIK BAGI 2025 

Yamaha telah menaik taraf Yamaha XMAX bagi tahun 2025 dengan beberapa peningkatan sekaligus memastikan skuter maxi tersebut kekal relevan pada masa akan datang. 

Model keluaran 2025 itu kini hadir dengan penghadang angin elektrik sekaligus setaraf dengan pesaing utama, Honda Forza. Penghadang angin hadapan boleh diakses dengan butang kawalan yang terletak di sebelah kiri ‘handlebar’. 

Menurut Yamaha, reka bentuk penghadang angin tersebut juga telah direka semula agar mengurangkan ‘buffeting’ sekaligus meningkatkan tahap keselesaan penunggang. 

Selain itu, Yamaha turut menaik taraf panel meter dengan menggabungkan paparan TFT berwarna 4.2-inci dengan skrin LCD 3.2-inci. Kedudukan kedua-dua paparan ini adalah selari berbanding sebelum ini. 

Panel meter TFT tersebut boleh disambungkan kepada telefon pintar menerusi aplikasi Y-Connect bagi mengakses kawalan muzik, maklumat kenderaan dan sistem navigasi Garmin StreetCross. 

Menariknya, Yamaha turut menala semula sistem ‘traction control’ agar bertindak dengan lebih efisien sebaik tayar belakang mengesan gelinciran. 

Untuk rekod XMAX 2025 dipacu dengan enjin 292cc (300cc) satu silinder 4-valve dengan sistem penyejukan cecair bagi pasaran Eropah namun enjin tersebut dikecilkan kepada 250cc bagi pasaran Malaysia. 

Ini bermakna, XMAX baharu yang telah dinaik taraf ini akan turut diperkenalkan di Malaysia pada satu tarikh lain. 

GALERI: YAMAHA XMAX 300 2025

Google ads
Back to top button