" "
Artikel Pilihan

10 NEGARA PALING KAYA, PALING BANYAK BELI KERETA

Pada tahun 2024, pasaran negara mencatatkan jualan setinggi 816,747 unit kenderaan terjual sepanjang tahun. Angka ini sebenarnya mengejutkan banyak pihak dengan jumlah jualan tahunan buat pertama kali melebihi angka 800,000

Faktor yang mendorong peningkatan sebanyak 2% jualan berbanding tahun 2023 ini termasuklah perkembangan GDP sebanyak 5.2% serta pengenalan model-model baru dan terkini dalam pasaran. Namun angka ini sebenarnya agak kecil jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang menjual lebih banyak kenderaan

Di kedudukan ke 10, Itali telah menjual sebanyak 1.56 juta unit kenderaan pada tahun 2024 menunjukkan dengan Itali berada di kedudukan ke 3 dalam kekuatan ekonomi EU. Model terlari ialah Fiat Panda iaitu crossover kompak dengan pilihan pacuan semua roda AWD. Ini diikuti oleh Jeep Avenger dan Dacia Sandero

Walaupun ditekan dengan sekatan ekonomi, Russia berupaya menjual sebanyak 1.57 juta unit kenderaan atau peningkatan sebanyak 48% berbanding dengan tahun 2023 sekaligus meletakkan Russia di nombor 9. Antara model popular ialah Lada Granta, diikuti dengan model China seperti Haval, Chery, Geely & Changan

Salah satu orang lama dalam automotif ialah Peranchis dengan jumlah jualan mencecah 1.7 juta unit pada tahun 2024 di kedudukan nombor 8. Keadaan ekonomi dan sosial yang tidak stabil mendorong pembeli memilih kereta kompak seperti Renault Clio, Dacia Sandero dan juga Peugeot 208

Pada tangga ke 7, United Kingdom menjual sebanyak 1.95 juta unit kenderaan dengan lebih 50% pembeli memilih kenderaan petrol berbanding dengan kereta elektrik dan juga hibrid. Antara model popular ialah Ford Puma (50,000 unit), Volkswagen dan juga Tesla Model Y

Brazil yang menjadi anggota BRICS pula berjaya menjual sebanyak 2.5 juta unit kenderaan pada kedudukan ke 6. Dengan ekonomi masih bergantung pada perlombongan, pertanian, industri dan pertanian, model yang paling popular ialah pikap trak

Fiat Strada iaitu pikap trak dengan cesi monocoque terjual sebanyak 144,000 unit sekaligus menjadi model paling popular, diikuti dengan 2 buah kereta kompak iaitu Volkswagen Polo 1.0 turbo dan Chevrolet Onix 1.0 turbo

Jerman yang menjadi gergasi automotif satu ketika dulu menjual sebanyak 2.81 juta unit kenderaan pada tahun 2024, namun angka ini dilihat semakin menguncup berbanding dengan 4 juta unit kenderaan pada tahun 2019. Angka ini meletakkan Jerman pada kedudukan ke 5 dengan model Volkswagen Golf, Volkswagen T-Roc dan Tiguan adalah 3 model popular di sana

Pada tangga ke 4 ialah negara India dengan 4.27 juta unit kenderaan terjual sekaligus meletakkan India antara 5 negara terbesar dari segi ekonomi. Walaupun ditembusi dengan pelbagai model luar, model terlaris di India ialah Tata Punch (202,000 unit), Suzuki WagonR dan juga Suzuki Ertiga

Walaupun berdepan dengan masalah populasi yang semakin berusia dan generasi muda tidak gemar memiliki kereta, Jepun masih lagi mampu menjual 4.42 juta kenderaan untuk pasaran domestik. Toyota menjadi jenama popular dengan 1.36 juta kenderaan terjual, dengan Corolla menduduki tempat pertama, diikuti oleh Yaris dan juga Sienta

Amerika pula menjual sebanyak 15.97 juta menjadikan pasaran ini berada di kedudukan kedua terlaris dunia. Kereta elektrik pula terjual sebanyak 1.3 juta unit kenderaan berbanding dengan kereta enjin pembakaran dalam

Trak pikap adalah model yang paling disukai dengan Ford F-Series mencatatkan jualan sebanyak 730,000 unit, diikuti oleh Chevrolet Silverado dan Toyota RAV4. Pada kedudukan ke 4 ialah Tesla Model Y sebanyak 372,613 unit

Pasaran automotif paling banyak terjual pada tahun 2024 ialah China dengan rekod jualan 31.46 juta unit kenderaan atau 2 kali ganda berbanding dengan Amerika. Berbeza dengan Amerika, pasaran China didominasi oleh enjin kecil turbo, hibrid dan juga elektrik

Model terlaris ialah crossover kompak BYD Song sebanyak 816,240 unit dengan pilihan enjin 1.5 turbo, hibrid ataupun elektrik. Ini diikuti oleh BYD Qin Plus yang ditawarkan samaada PHEV ataupun elektrik. Tesla Model Y merupakan model ke 3 terlaris di China

Google ads
Back to top button