Buletin

WRC 2022 – APA YANG MENARIK TENTANG FORUM8 RALLY JAPAN

Hujung minggu ini bakal berlangsungnya perlumbaan World Rally Championship (WRC) di FORUM8 Rally Japan. Ada beberapa perkara menarik untuk dikongsikan kepada anda.

  • Perlumbaan FORUM8 Rally Japan ni adalah merupakan perlumbaan penutup bagi kalendar WRC musim ini. Ini adalah penampilan semula Jepun dalam kalendar WRC musim ini setelah kali terakhir menganjurkannya pada tahun 2010 dengan dimenangi oleh Sebastion Loeb bersama pasukan Citroen dengan memandu Citroen C4 WRC ketika itu.
  • Tumpuan sudah pastinya terarah kepada pasukan tuan rumah Toyota Gazoo Racing, apatah lagi mereka adalah juara berganda melalui Kalle Rovanpera dan juga juara bagi kategori Pengeluar.
  • Selain daripada itu, mereka turut mempertaruhkan seorang lagi pemandu yang berasal dari Jepun, Takamoto Katsuta untuk cemerlang di bumi sendiri.
  • Takamoto Katsuta, berusia 29 tahun berasa teruja untuk berlumba di halaman sendiri, apatah lagi beliau beraksi agak konsisten juga sepanjang musim ini. Takamoto Katsuta berjaya menamatkan perlumbaan enam tempat teratas sebanyak sembilan kali dan berjaya menaiki podium ketika perlumbaan Safari Rally Kenya yang lalu.
  • Tahukah bahawa ayah beliau, Norihiko turut bakal beraksi di FORUM8 Rally Japan dengan memandu jentera Toyota GR Yaris (sudah tentulah bukan Rally1). Ayah beliau Norihiko adalah bekas juara Rali Jepun sebanyak lapan kali.
  • Pasukan M-Sport Ford pula memutuskan untuk tidak membawa pelumba muda Perancis, Andrien Fourmaux untuk beraksi di Jepun walau pun dalam perancangan sepatutnya akan di bawa bersama. Alasan yang diberikan adalah disebabkan faktor kekanangan bajet (jarak yang jauh) serta bagi membolehkan penumpuan sepenuhnya diberikan terhadap Adrien Fourmaux bagi menghadapi musim WRC 2023 kelak.
  • Musim ini prestasi Adrien Fourmaux diibaratkan sedikit mengecewakan apabila kerap kali terlibat dengan kemalangan membabitkan lokasi di  Monte-Carlo, Croatia, Italy dan juga Belgium. 
  • Sementara itu, Thierry Neuville berharap agar jentera Hyundai i20 N Rally1 mereka berupaya untuk mencatat keputusan positif bagi bersaing dengan jentera pasukan Toyota yang dilihat cukup sukar untuk dikejar. Setidaknya perlumbaan terakhir ini ditutup dengan kejayaan.

BACA : WRC 2022 – APA YANG MENARIK TENTANG RALLY GREECE 2022

BACA : SIAPAKAH HERO RALI JEPUN? MITSUBISHI LANCER EVO ATAU SUBARU IMPREZA?

Google ads

B K

Back to top button