Artikel Pilihan

SIAPAKAH HERO RALI JEPUN? MITSUBISHI LANCER EVO ATAU SUBARU IMPREZA?

Sedia maklum bahawa Mitsubishi Lancer Evo dan Subaru Impreza ialah ikon dalam Playstation Generation serta sangat berjaya dalam pertandingan Kejuaraan Rali Dunia (WRC).

Persaingan di antara kedua-dua model itu berlaku di seluruh dunia. Sama di atas jalan berbatu kasar atau jalan raya bertar. Dari segi rekod dalam WRC, Subaru Impreza nampaknya lebih cemerlang dengan 46 kemenangan, berbanding Evo 26.

Namun, timbul persoalan model manakah yang lebih didamba oleh peminat jentera Jepun? Ia bakal terjawab melalui satu kaji selidik yang dilakukan oleh penganjur acara kenderaan Jepun paling besar di Eropah, Japfest.

Kaji selidik itu membolehkan para peminat mengundi untuk memilih hero rali dari Jepun yang paling ikonik sepanjang zaman. Peminat boleh membuat undian di laman web: https://www.surveymonkey.co.uk/r/7YW6QX8

Undian akan dibuka sehingga Ahad, 9 April 2017 dan pemenang akan dimumkan seminggu kemudian, sedikit awal berbanding acara JapFest. Japfest dijangka mempamerkan Evo v Impreza bagi meraikan kedua-dua jentera yang bersaing sejak pertengahan tahun 1990-an dalam perlumbaan rali Kumpulan A.

Japfest akan menjemput kelab-kelan Evo dan Impreza untuk mengambil bahagian dalam undian tersebut. Mereka diberi peluang mencatat masa terpantas di Silverstone Handling Course.

Pengarah acara Japfest, Phil Weeden berkata, “Terdapat begitu banyak kelab kelab Evo dan Impreza. Ia jelas membuktikan minat orang ramai terhadap kedua-dua ikon rali ini. Kita akan mengetahui jawapannya tidak lagi.”

Korang agak-agak siapa?

BACA: LAGENDA EVO – APABILA 6 TERLALU MAINSTREAM, 4 LEBIH BAIK

BACA: PENGARUH SUBARU IMPREZA VERSION 9  

kredit foto: Japfest

Google ads
Back to top button