Buletin

WRC 2022 – APA YANG MENARIK TENTANG RALLY GREECE 2022

Walau pun EKO Acropolis Rally Greece telah berlangsung minggu sudah dengan didominasi oleh pasukan Hyundai Motorsport podium 1 -2 -3, namun masih ada beberapa peristiwa dan alkisah disebalik perlumbaan yang berlangsung di Athens, sebuah Kota yang berpusat di tengah Greece.

  • Acara pembukaan Rally Greece di adakan di dalam Olympic Stadium sebagai SS pertama pada hari Khamis dengan dihadiri ribuan peminat yang memenuhi ruangan tempat duduk stadium. Ianya kembali diadakan di stadium semenjak kali terakhir di adakan pada tahun 2006.
  • Trek beriringan dengan jarak 1.95 km telah direka di dalam stadium dengan hamparan tar menjadi permukaan. Sebelum itu permukaan stadium telah dibalut terlebih dahulu dengan plastik terlebih dahulu sebelum ditaburi dengan permukaan berbatu setinggi beberapa cm daripada permukaan stadium sebelum dilapisi dengan permukaan ber-tar.
  • Dikhabarkan sejumlah 62.000 penonton hadir ke dalam stadium untuk menyaksikan jentera rali beraksi dengan deruman enjin yang pastinya lebih asyik untuk dilayan.
  • Special Stage yang diadakan dalam stadium itu berjaya dimenangi oleh Thierry Neuville selepas berjaya memintas Elfyn Evans dengan perbezaan 0.1 saat sahaja. Dan ianya adalah suatu perlumbaan yang cukup mendebarkan apabila para pelumba harus memecut laju sambil meratah selekoh tanpa menyebabkan jentera berlanggar dengan penghadang yang diperbuat daripada konkrit. Malah Andreas Mikkelsenba turut termenjahanamkan jentera Skoda Fabia Rally2 beliau sejurus mendarat dari lompatan apabila gagal mengawal kemas hingga berlanggar dengan tembok yang keras tersebut.
  • Ada cakap cakap menyatakan bahawa pasukan Hyundai sepatutnya membiarkan Ott Tanak memintas Thierry Neuville ketika saingan menuju ke kemuncak. Namun atas arahan pasukan, kedudukan pelumba ketika itu diminta untuk dikekalkan sehingga tamat perlumbaan.
  • Menurut Julien Moncet selaku Timbalan Prinsipal pasukan Hyundai Motorsport mengatakan ianya adalah suatu keputusan yang terbaik untuk pasukan di kala itu walau pun tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Yang paling penting, kedudukan podium 1 -2 -3 lebih penting.
  • Pasukan M-Sport Ford yang kembali mempertaruhkan Sebastian Loeb untuk jentera Ford Puma Rally1 keempat dengan berjaya mempamerkan prestasi yang cukup memberangsangkan di awal saingan apabila berjaya mendahului kesemua pelumba. Cuma ditakdirkan jentera beliau mengalami masalah alternator. Setidaknya itu merupakan isyarat bahawa jentera Ford Puma Rally1 ini masih berupaya memecut laju tanpa masalah.
  • Kalle Rovanpera pula harus akur untuk hanya membawa empat mata berharga sewaktu Wolf Power Stage setelah mengalami kekecawaan saingan di Rally Greece. Kini beliau fokus untuk mencatat kejayaan di Rally New Zealand sekali gus muncul juara WRC lebih awal tanpa perlu menunggu baki saingan berikutnya.

BACA : WRC 2022 – PASUKAN TOYOTA BERSEDIA DI ESTONIA BERSAMA GR YARIS RALLY1 YANG LEBIH LAJU

BACA : WRC 2022 – CROATIA RALLY. APA YANG MENARIK

Google ads

B K

Back to top button