Buletin

WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER MASIH LAGI MENANG DI RALLY ITALIA SARDEGNA

Sébastien Ogier berjaya muncul sebagai pemenang perlumbaan di Rally Italia Sardegna dalam perlumbaan yang cukup sengit untuk meraih kemenangan kelima di Itali bagi mengenepikan saingan terdekat Ott Tanak dengan hanya kelebihan 7.9 saat ketika tamat saingan hari terakhir.

Kira – kira 12 bulan yang lalu, Sebastien Ogier juga berada di saingan yang serupa namun mengalami masalah tayar pancit dan mengakibatkan beliau terpaksa menyerahkan tahta kemenangan terhadap Ott Tanak ketika saingan hari terakhir hanya dengan perbezaan 0.2 saat di Kepulauan Mediterranean tersebut.

Sebastien Ogier yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 kelihatan bersedia untuk pecutan yang agak tenang hingga ke penamat selepas membina masa pemisah 17.1 saat di hadapan ketika Wolf Power Stage, tetapi beliau sempat terbabas pada kilometer terakhir menyaksikan jurang itu dikurangkan lebih separuh. Ogier terpaksa berhenti dan berundur selepas keretanya gagal membelok ke sudut sempit yang diukir dengan alur yang dalam.

Kemenangan di Rally Italia Sardegna ini merupakan berturut – turut pemandu lagenda berasal dari Peranis itu berikutan kemenangan di Rally de Portugal dan merupakan kemenangan ketiga musim ini daripada empat penampilkan sekali gus memberikan peluang untuk mencabar tahta kejuaraan WRC musim ini.

Sementara itu, Ott Tanak harus akur untuk berada di podium kedua, masih lagi pencapaian terbaik beliau musim ini bersama pasukan Hyundai Motorsport. Pun begitu beliau sebetulnya masih sempat mengalami masalah tayar pancit ketika SS9 namun masih sempat kekal memecut untuk berada di kedudukan kedua keseluruhan.

Podium ketiga menjadi milik Kalle Rovanpera yang berjaya mempamerkan pemanduan yang agak konsisten dengan berjaya memintas daripada kedudukan kelima ke podium ketiga. Malah beliau juga berjaya mendapatkan mata maksimum ketika Super Sunday dan juga Wolf Power Stage.

Tempat keemapt keseluruhan menjadi milik Elfyn Evans yang terus mengutip mata penting bagi mengekalkan status pendahulu keseluruhan kutipan mata walau pun jarak mata telah dikurangkan kepada 17 mata sahaja di belakang Sebastien Ogier.

Perlumbaan WRC berikutnya akan berlangsung pada hujung bulan ini di EKO Acropolis Rally Greece.

Kredit Foto : WRC

BACA : WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER TERBUKTI MASIH LAGI HANDAL UNTUK MENANG DI VODAFONE RALLY DE PORTUGAL

BACA : WRC 2025 – KEMENANGAN DRAMATIK UNTUK ELFYN EVANS DI RALLY SWEDEN

Google ads

B K

Back to top button