![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2024/09/WRC2-Greece-2024-Mekanika.jpg)
WRC2 2024 – SAMI PAJARI MENANG LAGI DI GREECE KALI INI
Pemandu muda dari Finland, Sami Pajari yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 berjaya memenangi perlumbaan kelas WRC2 di perlumbaan EKO Acropolis Rally Greece setelah bersaing hebat selama hari perlumbaandengan seorang lagi pencabarnya Robert Virves.
Kemenangan Sami Pajari di bumi Greece ini adalah merupakan kemenangan ketiga buat beliau musim ini dengan kemenangan hanya diperoleh di saat akhir ketika peringkat Power Wolf Stage dan berjaya meninggalkan catatan masa hampir 30 saat di belakang Robert Virves yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2024/09/WRC2-Greece-2024-Mekanika2.jpg)
Pun begitu sebenarnya jentera yang dipandu Sami Pajari sempat mengalami masalah tayar pancit ketika saingan berbaki hanya lima kilometer terakhir. Akhirnya ketika Robert Virves melintasi garisan penamat, kedua pemandu ini sebetulnya terikat dengan catatan masa yang serupa.
Mengikut peraturan perlumbaan, pemecah seri ditentukan oleh masa terpantas pada peringkat pembukaan rali – kelebihan yang menentukan untuk Sami Pajari, dengan kelebihan 19.7 saat lebih pantas di Ano Pavliani berbanding pesaingnya.
Ternyata keputusan Sami Pajari di lima kilometer terakhir untuk tetap meneruskan perlumbaan tanpa menukar tayar berjaya membantu beliau untuk memberikan keputusan ini. Sekiranya beliau memutuskan untuk berhenti dan menukar tayar, sudah pastinya Sami Pajari akan kehilangan lebih banyak masa.
Dengan kemenangan ini membolehkan Sami Pajari mengutip mata berharga bagi terus mengejar kejuaraan WRC2 musim ini disamping Oliver Solberg yang tidak beraksi di Greece kali ini.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2024/09/WRC2-Greece-2024-Mekanika1.jpg)
Dan sebetulnya juga Robert Virves turut mengalami sedikit masalah dengan batang gear dan terpaksa mengambil langkah berhati – hati daripada ianya terus rosak sepenuhnya.
Podium terakhir menjadi milik seorang lagi pencabar kuat, Yohan Rossel yang memandu jentera Citroen C3 Rally2 di belakang pendahulu 30.8 saat. Yohan Rossel turut mengalami masalah dengan tayar setelah mendahului di hari Jumaat dan kemudiannya kehilangan posisi pendahulu setelah menukar tayar.
Kedudukan Pungutan Mata
- Oliver Solberg – 111 mata
- Sami Pajari – 108 mata
- Yohan Rossel – 86 mata
BACA : WRC2 2024 – SAMI PAJARI MUNCUL JUARA BUAT PERTAMA KALI BERSAMA TOYOTA GR YARIS RALLY2
BACA : WRC2 – SAMI PAJIRI HEBAT UNTUK MENGUNGGULI DI ORLEN 80TH RALLY POLAND