Buletin

WULING STARLIGHT EV – KERETA ELEKTRIK SEDAN KELUARGA PERTAMA DARI WULING

Dalam segmen kenderaan elektrik (EV), Wuling Motors mungkin dikenali dengan penghasilkan model yang dianggap moden dan cukup futuristik. Tetapi ini ada sebuah model khusus untuk mereka yang tipikal yang mahukan rekaan sedan kegunaan keluarga, bolehlah memilih Wuling Starlight EV ini.

Wuling Starlight ini telah pun dilancarkan sewaktu Beijing Auto Show yang baru sahaja berlangsung sebelum ini yang mana versi PHEV terlebih dahulu dilancarkan pada Disember tahun lalu dan mendapat sambutan yang cukup hangat di China. Khabarnya sejumlah lebih 50,000 unit telah terjual.

Dengan dimensi panjang 4835 mm, lebar 1,860 mm dan tinggi 1,515 mm jelas sekali ianya merupakan sebuah salon keluarga yang sememangnya cukup luas untuk membawa lima penumpang tanpa masalah.

Wuling Starlight ini menampilkan rekaan dengan garisan yang tajam dan juga siluet yang langsing serta mempunyai garisan bumbung yang rendah di bahagian belakang. Berbanding varian PHEV, varian EV ini menampilkan sedikit perbezaan di bahagian hadapan terutamanya pada lampu utama yang berbentuk boomerang. Manakala rekaan lampu belakang yang melengkung dari hujung kiri ke kanan masih lagi dikekalkan.

Wuling Starlight ini akan menawarkan dua pilihan varian, Standard Edition yang mampu bergerak sejauh 410 km (menggunakan pek bateri LFP berkapasiti 41.9 kWh) manakala Advanced Edition pula mampu bergerak sejauh 510 km (menggunakan pek bateri LFP berkapasiti 54.5 kWh). Masing – masing mempunyai kuasa sehingga 136 PS dan 200 Nm dan juga 204 PS serta 310 Nm. Kelajuan maksimum yang mampu dicatatkan adalah 150 km/j.

Dan daya penarik untuk Wuling Starlight EV ini adalah julat harganya yang lebih murah. Ianya dijual pada aras harga diantara 99,800 Yuan (RM65,356.) dan juga 109,800 Yuan (RM71,905). Murah betul kan? Tapi nak buat macam mana, bila mana negara sendiri dah punya lambakan EV dengan pelbagai spesifikasi yang lebih kurang serupa, maka perang harga adalah cara mudah untuk menarik perhatian pembeli. Kan?

BACA : WULING CAPGEMINI HYBRID PLATINUM EDITION – MPV CHINA HIBRID YANG ORAIT JUGA KAN

BACA : WULING XINGCHEN – SUV 2.0L HIBRID, 0-100 KM/J 7.8 SAAT, DARI RM65K DI CHINA

Google ads

B K

Back to top button