Buletin

YAMAHA AVANTIZ 2022 TAMPIL 3 TIGA WARNA BAHARU. BERMULA RM5.9K

Sejak dilancarkan kali pertama ke pasaran Malaysia pada tahun 2016, Yamaha Avantiz kini sekali lagi mendapat perubahan warna oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

Pilihan terbaru itu terdiri daripada warna kelabu dengan jalur kuning, cyan dengan jalur kuning serta merah dengan jalur putih. Manakala rim bersaiz 14 inci pula hadir dengan warna hitam.

Skuter berkeaan dipasang dengan fork teleskopik di depan, brek cakera dan tayar 70/90. Roda belakang menggunakan penyerap hentak tunggal, brek jenis dram serta tayar bersaiz 90/80. Berat keseluruhannya cuma 96kg.

Di bawah pelana, terdapat ruang simpanan 14 liter. Bahagian hadapan menggunakan lampu utama jenis LED yang lebih terang.

Walaupun terdapat perubahan pada warna, ciri teknikal serta spesifikasi tidak berubah. Ia masih dikuasakan oleh enjin BlueCore satu silinder 125cc dengan sistem penyejukan udara, sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 9.4hp pada 8,000rpm dan tork 9.6Nm pada 5,500 rpm.

Harga jualan skuter ini bermula RM5,998 (tidak termasuk insurans). Yamaha Ego Avantiz dengan padanan warna baharu boleh didapatkan di semua pengedar bermula 22 Disember 2022.

GALERI:

Google ads
Back to top button