Motosikal

HLYM LANCAR SKUTER EGO GEAR. BANYAK CIRI BAHARU, BERMULA RM5,419 SEUNIT

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan skuter baharu secara rasmi di saluran Facebook miliknya. 

Dikenali sebagai Ego Gear, skuter dikuasakan oleh enjin bersesaran 125 dengan teknologi Blue Core dan Smart Motor Generator (SMG) yang disambung kepada mode Eco untuk tunggangan lancar, senyap serta jimat minyak.  

“Yamaha Ego Gear dilengkapi pelbagai ciri yang direka khas untuk penunggang yang sentiasa bergerak seperti pelajar, suri rumah, remaja dan penghantar makanan. Ia sememangnya terbaik untuk kegunaan di bandar dan mudah dikendalikan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Dato’ Jim Khor. 

Antara ciri menarik yang ditawarkan ialah lampu LED, soket pengecas USB, tempat meletak kaki yang lebar dan mesra kanak-kanak, papan lantai dengan anti-licin, lampu hazard serta sistem Start/Stop. 

Didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu merah, perak dan biru, Ego Gear boleh anda miliki pada harga bermula RM5,419 (tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan). Setiap pembelian akan dihadiahkan dengan kunci keselamatan cakera brek. 

Ego Gear boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha mulai pertengahan November.

Dalam perkembangan berkaitan, HLYM menyatakan skuter Solariz akan dihentikan jualannya, manakala skuter Avantiz tetap dijual seperti biasa. 

GALERI

Google ads
Back to top button