
HYUNDAI BAKAL PERKENALKAN SANTA FE 2024 DUA HARI LAGI – WAJAH SEBENAR DAH ADA BOH
Pelancaran rasmi Hyundai Santa Fe 2024 dijadualkan berlangsung dua hari lagi tapi nampaknya mereka sudah mendedahkan rupa paras keseluruhannya awal-awal lagi. Kita juga yang untung tak payah nak susah payah tunggu tarikh pelancaran.

Tapi ini sekadar gambaran luaran dan dalaman. Spesifikasi penuh kena la tunggu dua hari lagi. Kali ni radikal betul perubahannya. Sekarang ni memang tema berkotak eh?
Ia memang jauh berbeza dari Santa Fe sebelumya dan menggunakan tema lampu berbentuk huruf ‘H’. Pandangan peribadi kami sendiri Santa Fe ni memang nampak moden dan tegap dari bahagian hadapan tapi bila dilihat dari belakang terus rasa kecewa. Eh, pereka lain-lain yang reka bahagian depan dan belakang?

Gambar-gambar yang disertakan juga memberi gambaran awal khususnya dengan angka “2.5T” dan lencana “HTRAC” yang bermaksud enjin 2.5 liter empat selinder dan sistem pacuan semua roda yang mungkin ditawarkan pada model serba baharu ini.
Santa Fe generasi sekarang ditawarkan dengan enjin berkuasa turbo dan NA 2.5 liter. Ia juga turut dilengkapi dengan pilihan trenkuasa hibrid dan versi hibrid plug-in jadi kemungkinan tradisi pilihan pelbagai trenkuasa ini akan diteruskan..
Pilihan kemasan turut didedahkan dengan foto-foto ini dengan pelbagai pilihan saiz rim dari 18, 20 dan 21. Pergh, letih nak nak cekau duit bila nak tukar tayar.

Bahagian dalaman turut diberi rekaan baharu dengan skrin paparan yang besar. Ia juga turut mempunyai tempat cas telefon pintar bebas wayar di bahagian konsol tengah. Nampak kemas dan tak berserabut. Tak payah la beli pengecas telefon lepas ni.
Spesifikasi penuh dan harga akan didedahkan sepenuhnya pada 10 Ogos ini. Sabar okey. Tapi serius la belakang dia memang macam tu ke?

