Artikel Pilihan

PASANGAN INI BUKTIKAN JEPUN ADALAH DESTINASI IDEAL UNTUK BULAN MADU

Suatu ketika dahulu, kereta dikaitkan dengan hobi golongan lelaki, kini zaman sudah berubah dan golongan hawa juga semakin berminat dengan dunia automotif. Jika ditakdirkan satu hari anda bertemu jodoh dengan pasangan yang sama-sama gila kereta, dunia anda akan menjadi semakin meriah kerana berkongsi minat yang sama.

Di sini kami ingin kongsikan pengalaman bulan madu yang ideal untuk kaki kereta yang baru berkahwin seperti dilakukan satu pasangan dari Amerika ini. Lupakan Pantai Kuta di Pulau Bali dengan pasir yang memutih ataupun kota Paris yang kononnya paling romantik di dunia (yang sebenarnya banyak pencopet)

kerana ini adalah seratus peratus untuk kaki kereta.

BACA: DAIKOKU FUTO, DESTINASI WAJIB DI JEPUN

Pasangan tersebut telah memilih untuk berbulan madu ke Jepun dan telah berkongsi sejumlah gambar yang menarik. Apa yang boleh anda lakukan di Jepun khususnya jika anda dan pasangan merupakan kaki kereta?

Antara perkara menarik yang telah mereka lakukan ialah menyewa sebuah Nissan Skyline GTR R34 untuk bersiar-siar di sekitar Jepun, menyaksikan perlumbaan Super GT di litar Twin Ring Motegi, melawat muzium automotif Mazda dan macam-macam lagi.

Gambar-gambar yang dikongsikan mereka membuatkan kami serta merta ingin membeli tiket kapal terbang ke Jepun untuk melakukan perkara yang sama (kahwin tu tak bolehlah sebab takut pinggan kat rumah berterbangan).

BACA: PERLUMBAAN LUCU DI JEPUN

Mereka juga telah menemui kereta-kereta lagenda Jepun di mana-mana sahaja termasuklah sewaktu menyusuri lorong-lorong belakang bangunan. Antara model yang sempat mereka kongsikan ialah Honda NSX Type-S Zero, Mazda 787B dan Toyota Supra JGTC (ingat Gran Turismo? Tetapi ini merupakan model yang sebenar).

Tommykaira ZZ Roadster

Malah pelbagai model lain yang dikira rare di negara kita dan di seluruh dunia boleh ditemui di Jepun. Ingat bukan setiap hari anda boleh melihat model Tommy Kaira ZZ EV (untuk dijual pulak tu). Bukan itu sahaja, mereka juga sempat mengambil gambar Porsche 356 yang sebenarnya cukup mahal untuk dimiliki walaupun di Jepun sendiri.

BACA: SUASANA LELONGAN KERETA DI JEPUN

Menurut si suami, beliau telah merancang untuk meneroka sebanyak mungkin khazanah permotoran Jepun tetapi dalam masa yang sama memberikan keseronokan kepada si isteri. Menurut beliau lagi, walaupun kebanyakan kereta di sekitar Tokyo adalah kereta-kereta moden, mereka juga telah menemui beberapa model klasik yang unik di sekitar daerah Harajuku yang terkenal dengan fesyennya.

Malah kereta pertama yang mereka temui sewaktu meneroka lorong-lorong belakang ialah sebuah Nissan GTR R32. Mereka juga sempat melihat seorang anak muda sedang tekun memulihara sebuah Alfa Romeo klasik yang masih berkilat-kilat. Bergerak ke Shibuya pula, mereka telah melihat sebuah teksi Lexus yang cukup sporty.

Secara kebetulan hujung minggu pertama mereka di sana bertembung dengan pusingan terakhir Super GT di litar Motegi. Peluang yang ada tidak disia-siakan dan mereka mendapatkan bantuan pihak hotel untuk menguruskan tiket dan pengangkutan mereka ke Motegi. Pasangan ini sampai awal di kawasan litar dan berkesempatan merayau-rayau di ruang pameran koleksi Honda ia merupakan sebuah tempat yang menakjubkan dengan koleksi jentera-jentera perlumbaan Honda termasyhur.

Mereka juga sempat menyaksikan koleksi model-model jentera perlumbaan Super GT sewaktu ia masih dikenali dengan nama JGTC.

Itu masih belum termasuk jentera-jentera F1. Contohnya ialah jentera McLaren Honda MP4/4, cesi no 5 yang merupakan jentera juara dunia yang dipandu oleh Ayrton Senna.

SEWA R34 GTR DAN PANDU KE GUNUNG FUJI

Selepas menyaksikan perlumbaan Super GT, mereka telah menyewa sebuah Nissan Skyline GTR R34 untuk bersiar-siar di kawasan pergunungan sekitar Tokyo. Kenapa R34? Kerana mereka dari Amerika Syarikat dan model ini merupakan antara model yang dilarang jualannya di sana.

Mereka juga menggemari kereta ini yang jauh lebih laju dari kenderaan mereka di Amerika Syarikat. Malah ia juga telah berusia 20 tahun dan masih dalam keadaan baik.

BACA: SUPERCAR ITALI POPULAR DI JEPUN

Destinasi seterusnya ialah muzium Mazda di Hiroshima, yang mana pihak muzium menawarkan pakej lawatan percuma di sekitar kilang dan muzium mereka yang memakan masa sekitar 90 minit.

Muziumnya cukup besar dan memunyai koleksi yang mengagumkan antaranya ialah Mazda 787B yang merupakan sebuah lagenda perlumbaan Le Man.

Sebenarnya banyak lagi gambar yang sempat mereka ambil tetapi apa yang mereka kongsikan membuatkan kami tidak sabar-sabar untuk ke Jepun lagi. Tokyo…Mung tunggu aku datang.

Kredit kepada

Honeymoon in Japan

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button