BuletinMotosikal

HLYM LANCAR YAMAHA Y15ZR EDISI MOTOGP 2017 – MOVISTAR!

Hong Leong Yamaha hari ini melancarkan Yamaha Y15ZR edisi MotoGP 2017 sempena dengan kehadiran pusingan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang tak lama lagi.

Ini adalah tradisi Yamaha sejak dari zaman LC135 Extreme Spirit lagi (5 kelajuan). Dahulunya dikenali dengan nama “Edisi GP”, namun selepas takhta edisi GP diserahkan kepada Y15ZR, peminat super moped tempat lebih mengenalinya dengan Edisi Movistar.

BACA: EDISI TERHAD YAMAHA 125ZR MOVISTAR

Sejak dilancarkan pada 2015, Y15ZR sudah TIGA kali mendapat skema MotoGP Movistar yang berbeza mengikut tahun (2015, 2016 dan terbaru 2017). Bagi peminat sejati, mereka boleh bezakan versi setiap tahun keluaran Movistar ini.

Perbezaaan paling jelas ialah padanan rimnya kini berwarna hitam (berbanding biru pada dua edisi sebelum ini). Antara perubahan kecil lain ialah penghadang sisi diwarnakan dengan skema hitam (berbanding perak pada edisi 2016)

Selebihnya, posisi pelekat Movistar dan juga skema corak yang sedikit berbeza.

Harga jualannya ialah RM 8,891.28. Tapi biasalah, kalau boleh beli bawah RM10K ni kira memang ajaib.

Hah. Tunggu apa lagi?

Besok pagi-pagi pergi dealer tempah cepat.

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”115″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button