
YARIS MODEL TOYOTA PALING DIMINATI DI EROPAH – JAN HINGGA JUN ’19
Setiap negara atau benua ada model yang digemari ramai. Sebagai contoh Perodua Myvi untuk negara kita, Toyota Avanza untuk Indonesia dan Toyota Hilux di Australia. Sememangnya Toyota mendahului carta jualan di banyak buah negara.
Berdasarkan prestasi jualan tersebut kita boleh mengetahui segmen mana yang digemari oleh pengguna di sesebuah negara atau benua.
Melalui data yang ada, pengeluar boleh membuat keputusan untuk masuk bersaing di dalam sesebuah segmen atau menjauhinya dengan mengfokuskan kepada segmen lain.

Menyentuh tentang segmen, nampaknya model Toyota yang paling digemari pelanggan di Eropah ialah Yaris.
Lebih menarik apabila Yaris mempunyai tiga buah model berbeza mengikut benua.
Yaris di Eropah adalah versi jalanan yang digunakan di dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) manakala Yaris Amerika Syarikat ialah Mazda2 yang disalin semula.

Yaris di pasaran ASEAN pula lebih kepada ‘adik’ Toyota Vios dan dilancarkan di negara kita pada April 2019.
Yaris Eropah sekarang ini berada di dalam landasan kecemerlangan apabila dinobatkan sebagai kereta juara WRC 2018 dan pada musim ini berada di tangga kedua selepas Hyundai.
Jualan Toyota di Eropah termasuk Lexus dari Januari hingga Jun 2019 telah pun mencecah 578,388 unit dengan peningkatan 3.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan penguasaan 5.3 peratus pasaran.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 130,967 unit adalah jualan Yaris dan menariknya 66,366 unit adalah Yaris Hybrid.
Selain Yaris, Toyota mempunyai sebuah lagi model segmen A iaitu Aygo dengan saiz sekitar Perodua Axia.
Aygo turut mencatat jualan cemerlang dengan jumlah sebanyak 55,693 unit.
Satu lagi siri model yang menerima banyak permintaan ialah Corolla yang terdiri daripada model hatchback, sedan, Touring Sports (wagon) termasuk hibrid.

Jualan siri Corolla ialah sebanyak 102,964 unit dengan permintaan tinggi untuk model hatchback dan Touring Sports termasuk hibrid sebanyak 69,446 unit.
Jualan Corolla sedan termasuk hibrid pula ialah sebanyak 33,518 unit.
Model Toyota lain yang popular ialah C-HR termasuk hibrid sebanyak 79,020 unit, RAV-4 termasuk hibrid sebanyak 72,791 dan Camry termasuk hibrid sebanyak 23,543 unit.

Berikut ialah jumlah jualan kenderaan Toyota dari Januari hingga Jun 2019:
| TOYOTA/LEXUS |
578,388 |
| TOYOTA |
537,928 |
| AYGO |
55,693 |
| Yaris (dan Yaris Hybrid) |
130,967 |
| Yaris Hybrid |
66,366 |
| Corolla H/B & Touring Sports (dan Hybrid) |
69,446 |
| Corolla H/B & Touring Sports Hybrid |
57,665 |
| Toyota C-HR (dan Hybrid) |
79,020 |
| Toyota C-HR Hybrid |
70,284 |
| Corolla SDN (dan Hybrid) |
33,518 |
| Corolla SDN Hybrid |
15,219 |
| Avensis |
1,167 |
| Siri Prius |
10,752 |
| Prius |
2,702 |
| Prius+ |
6,950 |
| Prius Plug-in Hybrid |
1,100 |
| Mirai |
167 |
| Camry (dan Camry Hybrid) |
23,543 |
| Camry Hybrid |
2,759 |
| GT86 |
538 |
| RAV4 (dan RAV4 Hybrid) |
72,791 |
| RAV4 Hybrid |
52,304 |
| Highlander |
669 |
| Land Cruiser |
21,193 |
| Hilux |
20,115 |
| PROACE |
15,760 |
| Lain-lain model |
2,459 |






