Buletin

TRIUMPH ROCKET 3 TFC 2019 HABIS DIJUAL DI UK

Jentera edisi terhad Triumph Rocket 3 TFC dilaporkan sudah habis dijual di United Kingdom. Walaupun ditawarkan pada harga yang tinggi iaitu £25,000 (RM115,608), ia tidak menghalang peminat Triumph daripada memilikinya. 

Lebih mengujakan, Triumph turut mendedahkan spesifikasi rasmi motosikal tersebut.

Melebihi apa yang pernah didakwa sebelum ini, Triumph mengesahkan bahawa Rocket TFC yang menggunakan enjin 2,500cc itu mampu menjana kuasa 179.5hp dan 225Nm. Motosikal seberat 290kg itu juga 44.5kg lebih ringan berbanding Rocket yang lama. 

Sementara tugas untuk memberhentikannya diserahkan kepada brek Brembo bersama master selinder boleh laras yang dipadankan dengan angkup Stylema berspesifikasi paling tinggi.  

Rocket 3 TFC merupakan pengganti kepada model Rocket III yang dilancarkan pada tahun 2004.

Menjadi model Triumph paling berkuasa setakat ini, ia hadir dengan beberapa teknogi eksotik seperti injap titanium, dan tiga batang penyenyap Arrow karbon. 

Kali ini, enjin tersebut dipadankan dengan pakej elektronik yang berfungsi membantu penunggang mengawalnya dengan lebih baik.

Pakej itu merangkumi kawalan cengkaman yang sensitif terhadap sudut baringan, cornering ABS, empat mode tunggangan, quickshifter dan autoblipper. 

Motosikal itu juga dilengkapi pelbagai ciri lain seperti kawalan jelajah, Hill Hold Control, kunci pintar dan pemantau tekanan tayar.

Semua fungsi berkenaan boleh dikawal menerusi skrin TFT berwarna bersama pilihan dongle Bluetooth yang dipadankan dengan telefon pintar. 

Google ads
Back to top button