" "
Buletin

YUNA JADI DUTA MITSUBISHI ASX

 

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini mengumumkan penyanyi Yuna sebagai duta untuk kempen terbaharu model Mitsubishi ASX.

Yuna-Mitsubishi-ASX-ambassador-2016-mekanika (2)

Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis hi-tea sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bangsar, Kuala Lumpur.

“Saya sudah menjadi pemilik ASX selama empat tahun. Jadi, apabila  Mitsubishi Motors Malaysia ingin menjalin kerjasama dengan mereka, saya rasa sangat bangga. Saya mengenali jenama Mitsubishi agak lama dan mempercayainya.

“Sebaik sahaja memandu ASX, saya terus jatuh cinta padanya. Reka bentuknya yang bergaya, keselesaan dan pengendalian mantap merupakan antara sebab kenapa saya membeli ASX,” kata Yuna.

Yuna-Mitsubishi-ASX-ambassador-2016-mekanika (3)

Di majlis yang sama, Yuna turut menghiburkan para tetamu yang hadir apabila mendendangkan tiga buah lagu popularnya iaitu Crush, Terukir di Bintang dan Rescue.

Yuna dijangka pulang semula ke Los Angeles untuk mempromosikan album terbaharunya, Chapters yang turut menampilkan lagu Crush, asil kolaborasi dengan bintang R&B, Usher.

Google ads
Back to top button