" "
Buletin

ZAPP BINA FASILITI BAHARU DI THAILAND, FOKUS PADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI MOTOSIKAL ELEKTRIK

Pengeluar kenderaan dua roda elektrik dari Britain, Zapp mengembangkan operasi apabila mengumumkan kemudahan baharu di Bangkok, Thailand, berhampiran daerah Cybertech Bangkok.

Kemudahan tersebut memberi fokus kepada reka bentuk serta teknologi. Lebih khusus lagi, ia akan menjadi rumah kepada pembangunan kenderaan elektrik berprestasi tinggi syarikat itu.

Kemudahan baharu itu termasuklah studio reka bentuk, prototaip, bengkel kejuruteraan serta ruang pejabat.

Ketua Pegawai Eksekutif Zapp, Swin Chatsuwan memberitahu pemilihan lokasi berhampiran daerah Cybertech Bangkok adalah untyj memudahkan akses syarikat kepada rantaian bekalan.

“Pasukan pereka dan jurutera kami telah mereka bentuk serta membangunkan i300 yang telah memenangi anugerah.

“Kami akan terus berusaha untuk membentuk masa depan pasaran kenderaan elektrik dua roda berprestasi tinggi Zapp baharu.”

Kemudahan baharu Zapp di Bangkok merupakan yang kedua di peringkat global. Kemudahan di UK melibatkan perkhidmatan ubah suai motosikal, di samping Pusat Latihan Global untuk rangkaian runcit syarikat.

Zapp turut mempunyai trek ujian di Bicester yang membolehkan pelanggan menguji skuter elektrik i300 Zapp.

Google ads
Back to top button