Artikel Pilihan

HIMPUNAN VIDEO VINTAJ WRC DAN PARIS DAKAR MITSUBISHI – RINDU ZAMAN ATOK NENEK

Ini boleh dikatakan di luar jangkaan, dalam Mitsubishi sibuk mempromosikan Mirage dan Eclipse ke pasaran dunia (Malaysia biasa la, Triton dan Xpander), mereka secara tiba-tiba menyiarkan video-video yang memaparkan kehebatan mereka beraksi di laluan berlumpur, berpasir dan bersalji. Ini zaman di mana keberanian mereka memang luar biasa tinggi.

Saksikan sendiri beberapa petikan video Lancer, Starion, Galant VR4, Evo dan Pajero bergerak melangkaui hukum fizik tapi masih mampu dikawal oleh pemandu. Kesemuanya tidak diiringi sebarang alunan muzik tradisional ataupun moden. Yang ada hanyalah bunyi enjin, ekzos, anti-lag dan bunyi-bunyi mekanikal lain. Lupakan seketika kecanggihan kenderaan EV dan nikmati perlumbaan lelaki sejati.

Sejarah bermula dengan penyertaan Lancer GS dalam Southern Cross Rally. Ia bukan daripada kalendar WRC tapi hampir sama. Menjelang tahun 1974 Mitsubishi mula menyertai WRC dan memenangi East Africa Safari Rally dengan menggunakan Lancer 1600GSR.

Youtube video
Youtube video

Nama Ralliart mula muncul pada tahun 1981 dengan Lancer Turbo yang pakcik-pakcik kita pakai dulu. Sayangnya Starion Group B cuma berlumba dalam acara-acara luar WRC.

Youtube video
Youtube video

Penghujung dekad 80 an menyaksikan Mitsubishi kembali menyertai WRC dengan menggunakan Galant VR4. Namun kehebatan sebenar Mitsubishi mula terserlah dengan pengenalan Lancer Evolution pada tahun 1993. Ia berdepan dengan masalah pada peringkat awal tapi kemudiannya menyerlah menjadi jentera yang kompetitik di penghujung musim.

Youtube video
Youtube video
Youtube video

Pembangunan Evo diteruskan dan hasilnya ialah Lancer Evolution II. Ia merangkul kejuaraan pertama WRC untuk Lancer pada Rally Sweden 1995. Pengenalan Lancer Evolution III dengan differential aktif elektronik membolehkan Tommi Makinen memenangi lima pusingan perlumbaan tahun 1996 sekaligus merangkul kejuaraan pemandu.

Youtube video
Youtube video
Youtube video
Youtube video

1997 menyaksikan kemunculan Evolution IV dengan transmisi sequential. Makinen kekal mempertahankan kejuaraan pemandu. 1998 menjadi tahun terbaik untuk Ralliart bila Makinen berjaya merangkul kejuaraan pemandu dan Mitsubishi menang kategori pengeluar.

Youtube video
Youtube video
Youtube video
Youtube video

Bermula 2001 kempen Mitsubishi dalam WRC tidak lagi menggunakan kereta-kereta produksi sebenar. Mereka menjadi semakin kurang kompetitif dengan sebahagian teraju utama berpindah ke pasukan lain dan sebahagian lagi bersara. Mitsubishi meninggalkan WRC pada tahun 2006 dan berharap untuk kembali pada tahun 2008 tapi krisis kewangan dunia mengekang niat mereka.

Youtube video

Sebagai gantinya mereka mengubah hala tuju ke perlumbaan Paris-Dakar yang lebih mencabar. Ia bukan sesuatu yang baharu kerana mereka sudah mula menyertainya sejak tahun 1983 dan kekal berlumba sehingga tahun 2007.

Youtube video
Youtube video

Rekod mereka pun boleh tahan dengan 12 kejuaraan Paris-Dakar keseluruhan dengan menggunakan Mitsubishi Pajero. Perlumbaan Paris-Dakar dibatalkan pada tahun 2008 kerana ancaman pengganas dan Mitsubishi turut bersara pada masa yang sama akibat masalah kewangan dalaman dan global.

Youtube video
Youtube video
Youtube video
Youtube video
Google ads
Back to top button