Buletin

MINIMOTORS THNDERBALLS. SKUTER ELEKTRIK BERSADUR EMAS, TOP SPEED 88KM/J, RM218K!

Jika sedang mencari hadiah untuk rakan anda, mungkin skuter elektrik bersadur emas ini boleh diletakkan ke dalam senarai pembelian. Lebih menarik lagi, anda juga berpeluang mendapat Iphone 14 sekiranya anda membuat pra-pesanan.

Caviar Royal Gift yang berpangkalan di Dubai menggelarkan skuter elektrik itu sebagai Minimotors Thunderball. Selain disadur emas 18 karat, ia dilengkapi kit tempat duduk yang sudah dipasang. Caviar hanya menambah butiran yang bersesuaian dan mengelak daripada memasang spesifikasi yang menjengkelkan.

Ciri-ciri utama skuter elektrik ini:

  • Dwi hub motor MAX 8,300 watt BLDC
  • Pek bateri utama 72 volt 3,042 watt jam dengan bateri 12 volt
  • 192 watt jam yang berasingan untuk pencahayaan dan aksesori
  • Kelajuan tertinggi 88km/j
  • Brek hidraulik dengan cakera brek bersaiz 160mm, sistem ABS
  • Berat 66kg
  • Kapasiti muatan 149kg

Kuasa maksimum ialah 8,300 watt dengan kelajuan tertinggi boleh mencecah hampir 100km/j. Butiran penuh masih belum tersedia dan ia dijangka diperkenalkan pada iaitu 1 Oktober 2022 dengan harga jangkaan RM218,000 ($49,000).

Harga skuter elektrik Dualtron X2 biasa dan tidak bersalut emas bermula RM28,000 seunit. Walaupun pelanggan boleh membeli kit tempat duduk untuk Dualtron X2, ia bagaomanapun dijual secara berasingan daripada pakej asas.

Google ads
Back to top button