Buletin

ZENVO TSR-S 1177BHP! KERETA HIPER BUATAN DENMARK

Jika diperhatikan sekarang ini banyak syarikat persendirian yang menghasilkan kereta berprestasi tinggi. Teknologi, tenaga kerja pakar, akses kepada pembekal dan fleksibiliti dalam pembuatan membolehkan syarikat persendirian menghasilkan model tersendiri yang tidak kurang hebat berbanding syarikat yang sudah bertapak lama.

Sebagai contoh Zenvo, syarikat pengeluar kereta hiper dalam jumlah terhad yang berpengkalan di Præstø, Denmark dan ditubuhkan pada 2007.

Zenvo bermula dengan model prototaip TS1 yang kemudian disusuli TS1 GT grand tourer, model litar lumba TSR dan model perdana TSR-S.

Terbaru Zenvo mendedahkan sebuah unit TSR-S berkuasa tinggi dengan enjin 5.8 liter V8 1177bhp supercaj berkembar yang merupakan versi jalanan kepada model litar TSR.

Unit ini menerima banyak sentuhan buatan khas dan yang pertama menggunakan roda gentian karbon full fragmented hasil pembangunan dalaman Zenvo termasuk rekaan sulaman pada bahagian gentian karbon kereta yang tededah.

Enjin 5.8 liter V8 pada TSR-S mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 2.8 saat sahaja dan 6.8 saat dari 0 hingga 200 km/j. Kelajuan maksimum dihadkan kepada 325 km/j.

Enjin berprestasi tinggi itu dipadankan bersama transmisi gabungan tujuh kelajuan sequential dengan gear helical-cut dog yang merupakan identiti Zenvo.  

Kotak gear itu mempunyai dua mod, Road dan Race. Dalam mod Road, tukaran gear mempunyai bantuan elektronik bagi menghilangkan kekasaran gear dog-box.

Dalam mod Race tukaran gear dibuat pantas dan secara langsung seperti kereta lumba penuh.

Mazda CX30

Badan TSR-S menggunakan binaan daripada gentian karbon super ringan dan prestasi aerodinamik dibantu oleh sayap Centripedal yang dipatenkan.

Keunikan sayap atau spoiler Centripedal ialah ia bergerak atas dan ke bawah mengikut input stereng bagi menghasilkan daya mendap (downforce) tahap tinggi sewaktu selekoh.

Satu lagi kebanggaan Zenvo ialah teknologi gentian karbon dengan teknik tersendiri dan hasil tangan staf karyawan dalaman.

Efek karbon yang terdedah pada bahagian tengah kereta mempunyai corak sulaman geometrik. 

Secara keseluruhannya, efek gentian karbon mendominasi TSR-S dari luar hingga ke bahagian dalaman kereta.

Tidak terhad kepada badan kereta, TSR-S menggunakan roda gentian karbon yang dibina dari cantuman kepingan bahan itu dengan berat 15 kilogram lebih ringan berbanding aluminium.

Setiap roda memerlukan dua juruteknik dan sekitar seminggu untuk dihasilkan.

Kepada yang berminat Zenvo TSR-R dijual pada harga €1.45 juta (RM6.86 juta) dengan pengeluaran dihadkan kepada lima unit sahaja setahun.

BACA: TUSHEK TS 900 H APEX, KERETA HIPER 1,400 NM DARI SLOVENIA

BACA: LOTUS EVIJA, KERETA HIPER EV BERHARGA RM8.7 JUTA!

BACA: UJIAN McLAREN SPEEDTAIL XP2 CECAH 403KM/J!

Tags
Google ads
Back to top button