Artikel Pilihan

HONDA PILOT GUNA ENJIN V6 DOHC BARU, SOHC VTEC DIGUGURKAN

Honda Amerika mendedahkan satu enjin V6 3500cc yang baru untuk SUV mereka iaitu Honda Pilot bagi menggantikan enjin lama yang menggunakan konfigurasi VTEC SOHC. Enjin J35YB ini menggunakan teknologi DOHC manakala sistem SOHC VTEC digugurkan sepenuhnya

VTEC merupakan satu sistem yang boleh menggunakan 2 profail camshaft atau aci sesondol yang berbeza, satu profail untuk penggunaan bahan api efisyen dan satu lagi profail untuk kuasa yang maksima. Sistem ini boleh menukar 2 cam profail pada aci sesondol dengan menggunakan tekanan minyak enjin

Walaupun tanpa VTEC, enjin J35Y8 V6 DOHC ini menjana lebih 5 kuasa kuda berbanding dengan SOHC VTEC kepada 285 kuasa kuda pada 6100 RPM. Disebabkan tiada teknologi turbo, ia masih menjana 355Nm tork pada 5000 RPM yang lebih tinggi iaitu 300 RPM lebih tinggi.

Namun dari segi rekaan lain, enjin V6 ini masih mengekalkan konsep asas iaitu saiz diameter silinder yang sama, lejang dikekalkan, nisbah mampatan 11.5:1 dan sudut antara kepala silinder ialah 60 darjah. Hanya satu aci sesondol sahaja yang ditambah menjadikan enjin ini memiliki 4 aci sesondol

Walaupun peningkatan kuasa adalah sangat minima, sebenarnya perubahan ini menjadikan enjin V6 3500cc ini lebih mesra alam terutama dengan penggunaan sistem suntikan bahan api terus bagi menggantikan sistem suntikan EFi. Pelepasan gas Nitrogen Dioksida telah menurun sebanyak 50% menjadikan enjin ini mencapai SULEV30

Tekanan pada sistem suntikan bahan api terus dinaikkan sebanyak 50% kepada 30MPA membolehkan sistem suntikan menghantar 3 semburan bahan api dalam satu lejang kuasa . Malahlubang suntukan telah dikecilkan bagi membolehkan semburan dibuat dengan lebih halus, menjadikan proses atomisation berlaku dengan lebih pantas

Sistem pemasaan injap VVTi pula diperkenalkan pada enjin ini bagi membolehkan pemasaan enjin yang lebih baik dilakukan dengan membuka atau menutup injap kemasukan dan ekzos mengkut operasi enjin. Semua ini menjadikan enjin V6 3500cc ini lebih efisyen

Perubahan baru ini membolehkan Honda Pilot memenuhi syarat pelepasan asap sementara trenkuasa baru yang lebih efisyen dan trenkuasa elektrik diperkenalkan oleh Honda seperti trenkuasa i-MMD yang sekarang ini digunakan oleh HR-V. Sebagai perbandingan enjin 3000cc DOHC VTEC pernah digunakan oleh NSX menjana sehingga 270 kuasa kuda.

Google ads
Back to top button