Motosikal

GIVI PERKENAL HELMET ACQUA DAN D-VISOR DEMI JET BAHARU. BERMULA RM230 SEUNIT

GIVI Asia baru-baru ini memperkenalkan dua topi keledar baharu iaitu M10.1 ACQUA dan M30.3 D-Visor Demi Jet ke pasaran tempatan. 

Pengenalan itu dilihat selari dengan komitmen berterusan GIVI untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna motosikal. Ia merupakan hasil daripada penyelidikan dan pembangunan GIVI berdekad-dekad lamanya. 

Topi keledar M10.1 ACQUA tampil dengan rekaan moden klasik bersama rekaan vintaj.

Didatangkan dalam empat warna iaitu hitam, putih, hitam metalik dan merah jambu, ACQUA cukup ringan serta selesa dipakai. Dilengkapi sistem kunci Mikmetrik, ia membolehkannya ditanggalkan dengan mudah. 

ACQUA ditawarkan dalam saiz S hingga XL. 

Menerusi pembangunan Sistem Perlindungan Kepala (HPS) yang canggih, GIVI telah menambah edisi D-Visor Demi Jet ke dalam koleksinya.

Direka dengan elemen warna baharu yang terang, topi keledar D-Visor Demi Jet menawarkan pengaliran udara yang lancar ketika menunggang serta mengurangkan masalah kabus semasa hujan. 

Hadir dalam empat warna menarik iaitu kuning, merah dan hitam, D-Visor Demi Jet dilengkapi fungsi visor berkembar yang memberi perlindungan daripada silau matahari. 

Jika berminat, topi keledar ACQUA boleh anda miliki pada harga bermula RM230 manakala D-Visor Demi Jet berharga RM312 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button