Motosikal

ZEUS TAWAR HELMET GENTIAN KARBON. BERMULA RM650 SEUNIT

Kalau sebut sahaja pasal topi keledar gentian karbon, pasti kita akan membayangkan harganya yang mahal. Topi keledar gentian karbon diminati ramai kerana ia lebih ringan dan tahan lasak.

Tak ada bajet? Jangan risau kerana Zeus Helmet Malaysia baru sahaja melancarkan barisan model helmet baharu yang diperbuat daripada gentian karbon pada harga yang cukup mampu milik.

Dilancarkan Ruang Space Shah Alam, dua model helmet ditawarkan iaitu ZS-1800B (full-face) dan ZS-608 (open-face).

ZS-1800B

Helmet full-face ini diperbuat daripada bahan gentian karbon Toray menawarkan ciri-coro menarik seperti:

  • berat 1.3 kg
  • sistem penyejukan dan ventilasi Zeus
  • visor 2D
  • spoiler belakang boleh laras
  • liner daripada bahan gentian arang buluh – bebas alergi dan bakteria

Zeus ZS-1800B ialah helmet full-face gentian karbon paling murah di pasaran yang anda boleh miliki pada harga bermula RM950.

Zeus juga menawarkan helmet edisi terhad sebanyak 100 unit sahaja, serta didatangkan dengan sijil pemilikan dan nombor siri yang dicetak pada bahagian belakang helmet dengan harga RM1,200.

Bagi mereka yang banyak duit, anda boleh mendapatkan unit helmet dengan kod siri 001/100 pada harga RM8,888 sambil beramal kerana wang tersebut akan disalurkan kepada badan amal.

ZS-608

Satu lagi tawaran ialah helmet gentian karbon jenis open-face iaitu ZS-608 yang sesuai digunakan untuk kegunaan setiap hari.

Ciri-ciri helmet ini ialah:

  • berat 1.23 kg
  • sistem ventilasi EPS, saluran udara atas dan belakang
  • liner anti-alergi dan anti-bakteria
  • visor anti-calar, serta visor suria

Harga jualan cadangan bermula RM650.

ZS-1900B

Zeus turut menawarkan model helmet baharu yang lebih mampu milik diperbuat daripada material gentian kaca.

Walaupun menggunakan bahan berbeza, ZS-1900B menawarkan ciri yang hampir sama seperti model ZS-1800B. Harganya pula bermula RM580 seunit.

Google ads
Back to top button