
ZONTES 350D, 350E KINI TIBA DI PASARAN TEMPATAN, 37HP, HARGA BERMULA RM23K
Zontes Distribution Sdn Bhd, syarikat di bawah Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd, pengimport serta pengedar rasmi motosikal Zontes di Malaysia, hari ini melancarkan skuter 350 series baharu iaitu Zontes 350D dan Zontes 350E untuk pasaran tempatan.
Dari segi bentuk, kedua-duanya tampil agresif serta sporty dengan padanan lampu LED sepenuhnya, DRL, penghadang angin secara elektronik, skrin TFT 6.7-inci yang boleh disambungkan ke telefon pintar melalui Bluetooth.
Bukan itu sahaja, kedua-dua jentera turut dilengkapi sistem kawalan tanpa kunci 3.0 yang boleh dikendalikan dari jauh, dua-port pengecasan USB dan juga mempunyai Heat Grip.

Bagi 350D, skuter berkenaan menggunakan fork teleskopik 41mm di bahagian depan dan penyerap hentak berkembar di belakang.
Perincian lain termasuklah didatangkan dengan ABS pada kedua-dua roda serta dipadankan bersama cakera tunggal 268mm di depan bersama angkup J.Juan empat piston dan cakera 265mm di belakang.
Skuter Zontes 350D diserlahkan lagi melalui rim 15-inci di bahagian depan dan rim bersaiz 14-inci di belakang.

Untuk rekod, ruang simpanan bawah pelana boleh menyimpan sehingga dua topi keledar.
Dari segi kuasa, Zontes 350D dijana oleh enjin satu silinder 349cc dengan penyejukan cecair dan suntikan bahan api Bosch.
Nadi berkenaan berupaya menghamburkan kuasa 36.2hp pada 7,500rpm dan 38Nm tork pada 6,000rpm dengan kapasiti bahan api sebesar 12 liter.

ZONTES 350E
Sementara bagi Zontes 350E pula, ia memiliki fairing yang besar selain mempunyai jarak roda 1,565mm untuk memberikan kestabilan tambahan pada kelajuan tinggi.
Selain itu, Zontes 350E juga dilengkapi dengan tangki petrol berkapasiti 16 liter, bagi tunggangan jarak jauh.
Tinggi tempat duduknya berada pada paras 770mm, manakala jarak kelegaan bumi minimum pula berukuran 155mm.

Ciri-ciri elektronik terdapat pada skuter ini termasuklah kawalan traksi serta 2 mod tunggangan E (Comfort) dan S (Sport).
Zontes 350E dikuasakan oleh nadi 349cc, silinder tunggal dengan penyejukan cecair, menghasilkan 37hp pada 7,500rpm dan tork 38Nm pada 6,000rpm. Kuasanya dihantar ke roda belakang dengan sistem CVT.
Untuk keselamatan, sistem brek cakera depan (kaliper radial dengan empat piston) dan belakang Zontes 350E didatangkan dengan ABS Dual Channel.
Sementara itu, tuil brek mempunyai fungsi parking untuk memberi lebih kemudahan selain dilengkapi Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).
Perincian harga adalah seperti berikut:
- ZONTES 350D: RM23,800
- ZONTES 350E: RM25,800
Skuter ini didatangkan dengan waranti am selama dua tahun atau 20,000km dan sehingga tiga tahun atau 30,000km bagi komponen enjin, tertakluk pada terma serta syarat.
GALERI:

















- BACA: ZONTES DEDAH MODEL BAHARU 125 GK. GAYAAN NEO-RETRO, JIMAT MINYAK DAN MESRA PENUNGGANG MUDA
- BACA: ZONTES MALAYSIA LANCAR ZT155-G, 155-U DAN 155-U1. HARGA BERMULA RM10,800
- BACA: ZONTES BAKAL HASILKAN MODEL NAKED, MAHU CABAR JENTERA 800CC JEPUN DAN EROPAH
- BACA: ZONTES LANCAR 4 MODEL BAHARU KE PASARAN MALAYSIA – HARGA BERMULA RM19,800





