Buletin

MODENAS NINJA ZX-25R SE: DUA PILIHAN WARNA, 51HP, HARGA BERMULA RM33K

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat milik penuh MODENAS, mengumumkan harga rasmi bagi model Modenas Ninja ZX-25R SE.

Hadir dalam pilihan dua warna, Lime Green / Ebony dan Metallic Matte Graphenesteel Grey / Ebony, jentera ini boleh dimiliki pada harga RM33,900.

Selain didatangkan dengan gaya estetik, ZX-25R SE turut dilengkapi ciri seperti kawalan cengkaman, fork USD serta brek jenis radial.

Modenas ZX-25R SE dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 249.8 cc, berupaya menghasilkan 51hp pada 12,500rpm dan tork 22.9 Nm pada 17,000rpm.

Untuk rekod, tempahan bagi model ini masih lagi dibuka dan anda boleh kunjungi pengedar sah Kawasaki All-Star seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang di https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/all-star.

GALERI:

Google ads
Back to top button