Buletin

ZONTES LANCAR 4 MODEL BAHARU KE PASARAN MALAYSIA – HARGA BERMULA RM19,800

Satu lagi jenama motosikal dari China selamat mendarat di Malaysia.

Dikenali sebagai Zontes, ia dihasilkan oleh Guangdong Tayo Motorcycle Technology Co Ltd. yang berpangkalan di Guandong, China.

Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, pengedarnya, Zontes  Malaysia menawarkan jentera daripada segmen adventure, sport tourer dan naked. 

Model dan harga yang ditawarkan oleh Zontes Malaysia ialah: 

  • Zontes ZT310-T (dual-purpose) – RM22,800
  • Zontes ZT310-X GP – RM21,600
  • Zontes ZT310-X (sport tourer) – RM20,800
  • Zontes ZT310-R (naked) – RM19,800

 Faham dengan kehendak pengguna yang kian bijak menilai, Zontes Malaysia tidak mengabaikan aspek kualiti dan Inovasi.

Jadi, kesemua model baharu itu hadir dengan rekaan yang futuristik, paparan digital TFT sepenuhnya, lampu LED, bateri lithium-ion serta sistem brek ABS dua saluran Bosch M9.1.

Keempat-empat model itu dibina di atas platform, chasis dan enjin yang sama. Ini bagi memudahkan aspek kebolehdapatan alat ganti.  Zontes Malaysia juga akan bekerjasama rapat dengan para pengedar demi menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik kepada pelanggan. 

Kuasa dijana oleh unit enjin selinder tunggal empat lejang DOHC bersesaran 312cc yang dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan.

Menghasilkan kuasa sekitar 34.8hp dan tork 30Nm ia mampu memecut sehingga 160km/j dengan penggunaan bahan api 3.2 liter/100kmj.

Dalam erti kata lain, setangki penuh 15 liter membolehkan anda berjalan sejauh 450km tanpa sebarang masalah. Tetapi, penggunaan bahan api pastinya sangat bergantung kepada corak tunggangan anda. 

Zontes ZT310-T 

Motosikal adventure (ADV) ini dipasang dengan cermin pelindung hadapan yang boleh dilaras secara elektrik. Sifat ADV diserlahkan lagi dengan pelindung tangan, madgad, bar pelindung badan dan ‘paruh’. 

Mempunyai pilihan ketinggian tempat duduk 795mm dan 830mm, selain berat hanya 158kg, ia mungkin tidak sukar untuk dikendalikan oleh mereka yang berketinggian sederhana. 

Zontes ZT310-X GP / ZT310-X

Sport tourer ini hadir dengan fairing penuh dengan posisi tunggangan menegak bagi memberi lebih keselesaan  jika menunggang dalam jarak yang jauh. 

Visor cermin tinggi dan penghidup enjin tanpa kunci membolehkan penunggang mengunci motosikal dari jarak sejauh 1.5 meter.

Panel meter digital berfungsi menawarkan maklumat tunggangan pening seperti kedudukan gear, speedometer, penggunaan bahan api dan sebagainya.  

Zontes ZT310-X GP pula dibezakan menerusi pelekat grafik yang lebih menarik. 

Zontes ZT310-R 

Sekali pandang, Zontes ZT310-R memang mempunyai rekaan yang cukup futuristik. Hanya seberat 145kg, motosikal itu dipasang dengan lampu hadapan dan belakang yang unik. 

Model naked ini menawarkan dua mode tunggangan iaitu E (jimat bahan api) dan Sport untuk tunggangan sporty. Tetapi jika kelajuan putaran enjin melebihi 7,000rpm, ia akan bertukar kepada mode Sport secara automatik. 

GALERI

Google ads
Back to top button