
ZONTES MALAYSIA LANCAR ZT155-G, 155-U DAN 155-U1. HARGA BERMULA RM10,800
Zontes Malaysia melancarkan tiga siri terbaharu ZT155 yang dikhususkan untuk tiga segmen berbeza di pasaran tempatan.
Tiga varian terbaharu itu merupakan ZT155-G, ZT155-U1 dan ZT155-U.
Kesemua varian ditawarkan pada harga bermula RM10,800.

ZT155-G yang merupakan scrambler moden menawarkan dua pilihan warna iaitu kuning (Fluo Yellow) dan hitam (Fluo Black).
Varian ZT155-U1Â adalah untuk segmen mini motorad mendapat tiga sentuhan warna pilihan jingga, kuning (Fluo Yellow) dan merah.

Bagi jentera naked ZT155-U pula, ia didatangkan dengan dua warna ungu dan merah.
Kesemua varian menampilkan rekaan lebih segar, agresif dan moden mengikut segmen masing-masing.
Jentera ZT155-GÂ hadir dengan lampu utama bulat menyerlahlah sisi retro dipadan ciri-ciri moden.

ZT155U dan ZT155UI pula dilengkapi rekaan lampu lebih moden dan terkini.
Kesemua jentera terbaharu itu mendapat forged handguard untuk melindungi penunggang manakal ZT155-G dan ZT155-UI dipasang bar rempuh (crash bar).
Dalam pada itu, ketinggian tempat duduk adalah 830 mm dan berat kasar 117 kg.

Tangki bahan api ZT155-G berkapasiti 20 liter yang mampu mencapai jarak tunggangan hingga 1,000km.
Model ZT155U dan ZT155UI pula dilengkapi tangki minyak 12.5 liter.
Jentera terbaharu itu mendapat khidmat enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155ccpenyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) Bosch dipadankan transmisi manual enam kelajuan dan klac antigelincir (Slipper Klac).

Enjin patuhi piawaian emisi Euro 5 itu mampu menjana kuasa mencecah 18.8hp @ 9,250rpm dan tork 16Nm @ 7,500rpm.
Semua varian menggunakan brek cakera tunggal dan dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
Model ZT155U didatangkan dua pilihan mod tunggangan ECO dan Sport untuk kesesuaian penunggang.

Ciri-ciri menarik lain pada jentera-jentera itu termasuk panel meter digital penuh yang memaparkan maklumat seperti spedometer, takometer, bar petrol dan trip perjalanan serta port USB jenis pengecasan pantas.
Untuk keterangan lanjut boleh mengunjungi pengedar-pengedar rasmi Zontes di seluruh negara.
- BACA: ZONTES BAKAL HASILKAN MODEL NAKED, MAHU CABAR JENTERA 800CC JEPUN DAN EROPAH
- BACA: ZONTES LANCAR 4 MODEL BAHARU KE PASARAN MALAYSIA – HARGA BERMULA RM19,800
- BACA: HONDA PATENKAN JENTERA NAKED CBF 190 R DI INDIA
- BACA: DUCATI MALAYSIA LANCAR SCRAMBLER NIGHTSHIFT. BATCH PERTAMA HABIS DIJUAL. BERMULA RM65,900