
1 TERBUNUH, 28 CEDERA DALAM INSIDEN TEMBAKAN DI PAMERAN KERETA ARKANSAS
Polis sedang memburu dua suspek serangan tembakan di pameran kereta di Dumas, Arkansas, Amerika Syarikat (AS).
Dalam kejadian terbabit, seorang mangsa terbunuh manakala 28 lagi cedera termasuk beberapa kanak-kanak.
Pada sidang akhbar, polis mengenal pasti mangsa terbunuh sebagai Cameron Shaffer yang berusia 23 tahun berasal dari Jacksonville.
Tiada tanda-tanda menunjukkan Schaffer terlibat dalam insiden menembak diri sendiri.
Pihak polis percaya “tiada niat berlaku tembakan secara besar-besaran” berikutan insiden terbabit tercetus oleh dua individu berbalas tembakan sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) di pameran kereta komuniti tersebut.
Menurut Pegawai Polis Arkansas, Col. Bill Bryant, pihak polis Dumas menahan seorang suspek dan masih memburu dua suspek berhubung tembakan itu.
“Ia sangat mengejutkan. Kita mempunyai komuniti yang kecil, komuniti peladang di Dumas merangkumi kira-kira 5,000 penduduk.
“Secara tiba-tiba, kita mempunyai insiden melibatkan beberapa mangsa, sama sekali tidak menjangka dari pekan kecil Arkansas,” katanya.
Pengurusan Kecemasan Daerah Desha menyatakan, tembakan berlaku di tempat letak kereta Mad Butcher yang terletak di jalan US-165, berhampiran kawasan pameran. –CNN/WallStreetJournal
- BACA: TERTEKAN GADUH DENGAN KEKASIH. POLIS TEMBAK BAS AWAM
- BACA: BUNYI EKZOS BISING SANGAT, MYVI DITEMBAK DENGAN SENAPANG ANGIN
- BACA: POLIS TEMBAK TAYAR LORI BATU CUBA LARIKAN DIRI. PEMANDU TIADA LESEN, BAWA LEBIH MUATAN
- BACA: RUSUHAN INSIDEN POLIS TEMBAK LELAKI. KEDAI PENGEDAR KERETA TERBAKAR, HAMPIR 100 KENDERAAN MUSNAH


