Buletin

RUSUHAN INSIDEN POLIS TEMBAK LELAKI. KEDAI PENGEDAR KERETA TERBAKAR, HAMPIR 100 KENDERAAN MUSNAH

Sebuah kedai pengedar kereta di Kenosha, Wisconsin, Amerika Syarikat terbakar bersama hampir 100 kenderaan berikutan rusuhan di kawasan terbabit.

Menurut Jabatan Kehakiman Wisconsin, pegawai polis Kenosha respons terhadap laporan ‘insiden rumah tangga’ pada Ahad lalu.

Sebahagian insiden dirakam menunjukkan Jacob Blake, 29 sedang berjalan menjauhkan diri daripada sekumpulan polis dan membuka pintu kereta Dodge Journey miliknya.

Begitupun, ketika lelaki itu ingin memasuki kereta, dia ditembak sebanyak beberapa kali.

Akibat tembakan tersebut, Blake kini dalam keadaan serius. Insiden tembakan masih dalam siasatan.

Rakaman video lelaki itu ditembak menjadi viral sekali gus mencetus beberapa protes sehingga bertukar menjadi ganas.

Kenosha memberi amaran kecemasan memaklumkan orang ramai berhubung perintah berkurung di seluruh bandar itu.

Bahkan, meminta semua perniagaan mempertimbangkan penutupan premis mereka berikutan banyak rompakan bersenjata dan insiden tembak-menembak.

Menurut laporan WISN, sebanyak 12 saksi memberitahu ratusan penunjuk perasaan berkumpul di kedai pengedar kereta terpakai tersebut.

Dalam rakaman video, terdapat cermin belakang kenderaan dipecahkan para penunjuk perasaan dan suar jalan dimasukkan ke kenderaan itu.

Kenderaan mula terbakar dan api marak ke kenderaan lain dengan pantas di lot parkin.

Pemilik kedai pengedar kereta memberitahu terdapat lebih 100 kenderaan di lot parkin dan kebanykkannya musnah dalam kebakaran. -carscoops

Google ads
Back to top button