Buletin

TERTEKAN GADUH DENGAN KEKASIH. POLIS TEMBAK BAS AWAM

Gaduh dengan kekasih punya pasal, seorang anggota polis junior melepaskan tembakan ke arah sebuah bas awam di daerah Bang Chan, Bangkok, Thailand.

Lapor Bangkok Post, video yang tular dalam media sosial menunjukkan polis itu yang menunggang motosikal memotong bas tersebut, menyebabkan kenderaan terbabit terpaksa berhenti.

Anggota polis itu dilihat turun dari motosikalnya dan masuk ke dalam bas sebelum turun semula dan mengeluarkan pistol.

Pemandu yang melihat keadaan itu terus memandu basnya dan berang dengan situasi itu, anggota polis tersebut mengejar bas berkenaan sambil melepaskan tembakan.

Tembakan itu mengenai cermin sisi bas tersebut dan semua penumpang dalam keadaan selamat.

Berdasarkan keterangan polis, video tersebut dirakam oleh pemandu bas tersebut dan dia memaklumkan, anggota polis itu memberhentikan basnya untuk bertanya jika asap yang dikeluarkan dari kenderaan itu mengikut mengikut ketetapan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, anggota polis tersebut yang dikenali sebagai Kampanaart Chaiyakarn, 28, menyerah diri pada hari sama selepas insiden itu.

Chaiyakarn memberitahu polis, dia memberhentikan dan melepaskan tembakan ke arah bas tersebut kerana tertekan selepas bergaduh dengan teman wanitanya.

Anggota polis itu berdepan dengan dakwaan cuba membunuh, membawa senjata api di kawasan umum dan melepaskan tembakan tanpa sebab. – UTUSAN

Google ads
Back to top button