Buletin

MITSUBISHI TAWAR AKSESORI RALLIART UNTUK SUV DAN MPV DI JEPUN

Mitsubishi mendedahkan pelbagai aksesori jenama Ralliart untuk Outlander PHEV, Eclipse Cross, RVR dan Delica D:5 di pasaran Jepun.

Sentuhan kosmetik berkenaan adalah sama dengan kereta konsep Ralliart Style yang dipertontonkan dua bulan lalu di Tokyo Auto Salon 2022.

Kesemua empat model mendapat sentuhan warna putih (White Diamond) dipadankan rim aloi berwarna hitam manakala bumbung Black Mica pada Outlander PHEV serta Eclipse Cross sebagai standard aksesori Ralliart.

Komponen tambahan termasuk splitter/plat skid  berwarna merah, spoiler belakang, diffuser serta faux inlet sporty.

Model-model berkenaan turut mendapat set pelekat berwarna merah menampilkan logo Ralliart.

Mitsubishi turut menawarkan karpet lantai berjenama Ralliart dan pelekat hiasan untuk menyerlahkan lagi bahagian kabin.

Selain itu, siri aksesori Ralliart juga boleh dimiliki peminat automotif seperti fob kunci, dimpet, sarung kad, jaket, tuala, topi dan pelitup muka.

Produk terbaharu Ralliart berkenaan boleh didapati pada harga bermula AS$17 (RM71.40). – carscoops

Google ads
Back to top button