Artikel PilihanBuletin Khas

9 PERKARA YANG TAK RAMAI TAHU PASAL ISUZU D-MAX

1. Platform baru – D-Max generasi ke 3 menggunakan platform serba baru yang dipanggil Isuzu Dynamic Drive Platform dengan 23% lebih tegar berbanding platform i-GRIP yang lama.

Beberapa perubahan dibuat pada platform ini terutama pada struktur rekaan bagi menjadikannya lebih ringan, kuat dan tegar. Kedudukan enjin diubah ke belakang sedikit bagi mendapatkan agihan berat sekata.

2. Enjin 1.9 RZ4E Blue Power DDi yang menjimatkan- walaupun sesaran enjin dikurangan, tapi kuasa enjin sama seperti 2500cc iaitu 148 kuasa kuda dan 350Nm tork. Bagi mencapai penjimatan bahan api terbaik, saiz 1900cc dipilih disebabkan ia memberi engine pumping loss dan friction loss yang paling rendah.

Enjin ini menawarkan kuasa 10% lebih kuat walaupun saiz enjin semakin kecil, geseran dalam berjaya dikurangkan sehingga 37% dan penggunaan bahan api sekitar 12.5km per liter. Pencemaran gas dioksida berjaya dikurangkan sehingga 161g/km

3. Enjin 3000cc baru – enjin lama digantikan dengan enjin 4JJ3-TCX yang serba baru dengan menawarkan 187 kuasa kuda dan 450Nm tork pada 1600 RPM. Enjin ini menerima pembaharuan dari segi rekaan kebuk pembakaran, sistem suntikan tekanan tinggi baru, dan piston pin geseran rendah

Bersama-sama dengan unit turbo VGT baru kawalan elektronik serba baru, enjin 3000cc ini menjana 13 kuasa kuda dan 70Nm lebih daripada enjin lama

4. Transmisi serba baru – unit transmisi 5 kelajuan automatik dan 5 kelajuan manual digantikan dengan unit baru iaitu 6 kelajuan automatik serta manual. Bagi varian automatik, ia ditawarkan dengan fungsi Sequential Shift

5. Skor 5 Bintang Aspek Keselamatan – Asean NCAP mengabugerahkan Isuzu D-Max dengan penilaian 5 bintang dengan kehadiran ciri baru seperti Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert, brek ABS, EBD, ESC, Hill Start Assist dan Hill Decent Control

6. Lebih Moden – D-Max dilengkapkan dengan ciri moden seperti lampu depan LED dengan fungsi Follow Me Home dan Welcome Light, lampu kabus depan dan belakang LED, butang penghidup dengan fungsi kunci automatik apabila keluar dari kenderaan, sistem audio dengan skrin 9 inci, 8 pembesar suara dan sambungan Apple Car Play atau Android Auto

7. Lengkap dengan ADAS – kelebihan cesi baru ialah Isuzu membuktikan trak pikap mereka boleh menjadi lebih selamat dengan ciri Advanced Driver Assist System. Ia menawarkan ciri Forward Collision Warning, Autonomous Emergency Braking, Turn Assist, Pedal Misaplication, Adaptive Cruise Control, Automatic High Beam, dan Lane Departure Warning

8. Lebih Lasak – D-Max 2021 berupaya meredah air pada kedalaman 800mm, dilengkapi dengan fungsi Terrain Command bagi memilih sistem pacuan samaada 2 roda atau 4 roda, rear differential lock, bedliner belakang yang boleh ditarik serta perlindungan pada bahagian bawah cesi ketika meredah laluan mencabar.

9. Ruang Dalaman Moden – selain hadir dengan skrin sesentuh 9 inci, D-Max baru juga datang dengan gadungan meter analog dan digital, sistem penyaman 2 zon dengan rekaan suis moden, kusyen balutan kulit mewah dengan 8 tetapan bantuan kuasa, serta papan pemuka dibalut dengan kulit seperti kereta mewah.

Dari segi populariti, mungkin D-Max tak popular seperti jenama lain di Malaysia tapi ia sangat popular sebagai workhorse di negara jiran Thailand. Pada pemerhatian penulis, ia juga popular dan mula menggantikan jentera Land Rover yang dimamah usia di Cameron Highland membuktikan D-Max adalah jentera lasak, boleh diharap dengan rekaan moden.

Google ads
Back to top button