Artikel Pilihan

10 REKOD PENCAPAIAN F1 YANG SUKAR DIPECAHKAN

Sepanjang 75 tahun temasya perlumbaan f1 berlangsung, sukan ini merekodkan beberapa pencapaian yang sukar dipecahkan sehingga hari ini terutama beberapa rekod AJAIB yang dibuat oleh pemandu F1 ternama. Jangan terkejut kerana rekod ini masih lagi tidak dipecahkan oleh pemandu lain dalam sejarah F1. Antaranya ialah:

1. Saman paling cepat dalam karier F1- untuk pengetahuan anda, F1 amat menitikberatkan isu keselamatan termasuklah mengawal halaju jentera yang dipandu dalam kawasan hentian pit. Dalam kemunculan pertama dengan pasukan Petronas Sauber, Sebastian Vettel telah menerima penalti pertama selepas 6 saat memulakan latihan di GP Turki tahun 2006

Ia merupakan rekod pelumba F1 menerima penalti paling cepat dalam sejarah, 6 saat selepas memulakan karier. Ibarat anda baru dapat lesen P, lepas 6 saat dapat saman sebab pandu laju.

2. Kalah paling banyak – dibuat oleh Andrea De Cesaris yang mencatatkan gagal menamatkan sebanyak 18 perlumbaan secara berturut-turut sepanjang penglibatannya dalam perlumbaan antara tahun 1985 sehingga 1986. Disebabkan jentera F1 sekarang semakin bagus, rekod ini takkan dipecahkan sampai bila-bila.

3. Masuk Pit paling banyak tapi menang- dibuat oleh Jenson Button pada perlumbaan GP Kanada pada tahun 2011 ketika Jenson memandu bagi pasukan McLaren Mercedes. Jenson perlu memasuki pit sebanyak 6 kali disebabkan tayar pancit, penalti dan 4 kali persinggahan memasuki pit tapi tidak menghalang Jenson merebut tempat pertama pada perlumbaan tersebut.

4. Menang semua perlumbaan – rekod ini dibuat oleh Michael Schumacher bersama pasukan Ferrari pada tahun 2002. Michael berjaya memenangi semua 17 perlumbaan bagi perlumbaan F1 tahun 2002 di kedudukan pertama sekaligus ia menjadi rekod peribadi yang terbaik untuk Ferrari dan Michael.

5. Menang perlumbaan dengan catatan masa paling jauh – dibuat oleh Sir Stirling Moss pada tahun 1958 dengan kelebihan masa 5 minit 12 saat di GP Portugal. Catatan masa kemenangan ini masih bertahan sehingga pada hari ini.

6. Perlumbaan paling sedikit jentera menghabiskan perlumbaan – berlaku pada tahun 1996 di GP Monaco dalam cuaca hujan dan permukaan litar yang licin serta isu jentera dengan hanya 3 jentera sahaja yang berjaya menghabiskan perlumbaan. Schumacher, Mika Hakkinen, dan Damon Hill gagal menyudahkan perlumbaan menjadikan Olivier Panis berjaya memenangi perlumbaan ini.

7. Perlumbaan paling sengit – berlaku pada GP Itali tahun 1971 dengan perbezaan masa kemenangan hanyalah 0.01 saat sahaja. Peter Gethin dari pasukan BRM memenangi perlumbaan ini pada kedudukan pertama manakala tempat kedua dimenangi oleh Ronnie Peterson dari March-Ford. Pelumba pada kedudukan 3, 4 dan 5 menghabiskan perlumbaan sebelah menyebelah antara satu sama lain.

8. Menang juara keseluruhan tapi tak pernah dapat nombor satu- bunyi agak pelik kerana juara musim keseluruhan ditentukan oleh jumlah pungutan mata dalam satu musim. Walaupun tidak pernah memenangi tempat pertama pada musim 1984 (Niki Lauda) dan Denny Hulme (1967) tapi kedua dua pelumba ini dinobatkan sebagai juara keseluruhan musim disebabkan pungutan mata tertinggi.

9. Berebut tempat pertama dalam sesi kelayakan – ia berlaku pada GP European tahun 1997 dimana Jacques Villeneuve, Michael Schumacher dan Heinz Harald Frentzen masing masing mencatatkan masa kelayakan terpantas yang sama iaitu 1 minit 21.072 saat. Namun Jacques diberikan posisi pertama disebabkan dia mencatatkan masa lebih awal. Tapi bagi perlumbaan ini, ia dimenangi oleh Mika Hakkinen.

10. Juara dunia paling tua – rekod ini dipegang oleh Juan Manuel Fangio ketika berusia 46 tahun bagi musim 1957. Disebabkan tren F1 lebih kepada pelumba paling muda menang, dan memulakan karier dalam F1, Fangio kekal sebagai pelumba paling tua menjuarai F1. Max Verstappen pula merupakan pelumba paling muda memulakan karier dalam F1 dengan umur 18 tahun 228 hari

Ya ini adalah beberapa rekod yang menarik dicatatkan oleh pelumba-pelumba F1 sepanjang zaman. Rekod ini sukar dipecahkan dan kekal sehingga sekarang.

Google ads
Back to top button