Buletin

CATERHAM SEVEN NÜRBURGRING EDITION, TERHAD, RINGAN DAN LAJU

Caterham memperkenalkan Seven Nürburgring Edition bagi meraikan ulang tahun ke 100 Nürburgring, litar perlumbaan yang dianggap antara paling legenda dan mencabar di dunia.

Model edisi terhad itu diperkenalkan buat pertama kali sempena ADAC 24 Hours Nürburgring 2026 dengan hanya 100 unit ditawarkan kepada pelanggan seluruh dunia.

Seven Nürburgring Edition dibangunkan berasaskan Seven 420R atau Seven 340R bergantung kepada pasaran, dengan harga bermula dari £48,995 (RM259,865) termasuk VAT di UK.

Bagi pasaran Amerika Syarikat pula, harga bermula dari AS$56,595 (RM224,993) untuk versi rolling chassis.

Model edisi khas ini dijual secara eksklusif menerusi rangkaian pengedar global Caterham.

Suspensi Bilstein talaan khas Nürburgring

Antara fokus utama model ini ialah penggunaan suspensi perlumbaan khas Bilstein yang dibangunkan eksklusif untuk Seven Nürburgring Edition.

Sistem suspensi tersebut dibangunkan menggunakan vertical dynamics test rig di kemudahan ujian Bilstein sebelum ditala khusus mengikut karakter dan cabaran Nürburgring.

Talaan tersebut direka untuk memberikan kemampuan optimum sama ada di jalan raya mahupun di litar, sekali gus menghasilkan pakej suspensi yang benar-benar disesuaikan untuk model edisi terhad itu.

Rangkaian kuasa

Kuasa dijana enjin Ford Duratec aspirasi natural 2.0 liter empat silinder berkapasiti 1,999cc yang menghasilkan 210bhp pada 7,600rpm dan 203Nm pada 6,300rpm.

Enjin itu dipadankan bersama transmisi manual lima kelajuan serta sistem limited slip differential.

Model ini turut dilengkapi sistem dry sump oil system dan silinder induk brek yang dipertingkatkan.

Dengan berat sekitar 560kg (bergantung kepada spesifikasi), Seven Nürburgring Edition menawarkan nisbah kuasa kepada berat sebanyak 375bhp satu tan.

Pecutan 0 hingga 96km/j hanya perlu 3.8 saat manakala kelajuan maksimum mencecah 219km/j.

Rekaan luaran bertemakan Nürburgring

Sebagai produk Nürburgring berlesen rasmi, model ini menerima penjenamaan serta logo khas Nürburgring bersama pilihan warna ikonik merah dan kelabu yang sinonim dengan litar tersebut.

Pelanggan boleh memilih antara tiga warna khas Nürburgring iaitu Verkehrsrot Traffic Red, Achatgrau Agate Grey dan Basaltgrau Basalt Grey.

Pilihan warna khas lain turut ditawarkan kepada pelanggan.

Antara kelengkapan luaran lain termasuk:

  • Track day roll bar Nürburgring berwarna merah
  • Gril berjaring  Nürburgring bersama logo Seven dua warna
  • Nosecone gaya 620 bersama carbon aero whiskers
  • Casis warna Gunmetal Grey
  • Fender depan karbon
  • Black Pack merangkumi cermin hadapan hitam, perumah lampu utama hitam dan pelindung haba ekzos hitam
  • Skrin aero komposit
  • Kluster lampu belakang LED

Dalaman dengan identiti Nürburgring

Bahagian dalaman pula menampilkan tempat duduk kulit bersama sulaman Nürburgring dan jahitan merah.

Kemasan jahitan merah itu turut digunakan pada bahagian terowong transmisi.

Antara kelengkapan lain termasuk:

  • Panel dalaman karbon
  • Tali pinggang keledar empat sudut
  • Lampu penukaran gear berjujukan
  • Stereng MOMO
  • Tombol gear, tuil brek tangan dan key stock khas Nürburgring

Setiap unit turut menerima plak bernombor individu bagi menandakan pengeluaran terhad hanya 100 unit.

Nürburgring penting untuk Caterham

Litar Nürburgring sepanjang 20.8 km yang terletak di kawasan Eifel Mountains di barat Jerman sering dianggap sebagai medan ujian utama untuk kereta dan pemandu.

Dengan perubahan ketinggian dan laluan berliku di sepanjang 73 selekoh, Nürburgring menjadi lokasi penting dalam sejarah model jalan raya dan perlumbaan Caterham sejak beberapa dekad lalu.

Antara pencapaian paling menonjol ialah penamat di tempat ke 11 dalam Nürburgring 24 Hours 2002 menerusi gandingan Chris Cooper, Chris Harris, Clive Richards dan Peter Haynes.

Pilihan personalisasi dan aksesori


Caterham turut menawarkan pelbagai pilihan tambahan untuk pelanggan yang mahu menyesuaikan spesifikasi kereta mereka. Antaranya termasuk:

  • Casis besar
  • Fender belakang karbon
  • Lampu utama LED intensiti tinggi bersama lampu sisi LED
  • Indicator pod karbon
  • Tempat duduk karbon dengan pelapik
  • Tempat duduk karbon dengan pelapik dan pemanas
  • Stereng MOMO suede bersama sistem tanggal cepat
  • Sistem pemanas kabin
  • Lantai direndahkan
  • Sistem pemadam api terbina dalam
  • Battery master cut off switch
  • Track day roll cage easy access
  • Sport roll cage
  • Race roll cage
  • Aero wishbones
  • Skrin aero karbon
  • Cermin hadapan penuh bersama hud dan skrin sisi
  • Pakej perlindungan cuaca penuh
  • Perehat tangan skrin sisi

Spesifikasi ringkas Caterham Seven Nürburgring Edition

  • Enjin Ford Duratec 1,999cc empat silinder aspirasi natural
  • Kuasa maksimum 210bhp@7,600rpm
  • Tork maksimum 203Nm@6,300rpm
  • Transmisi manual lima kelajuan
  • Sistem limited slip differential
  • Sistem dry sump oil system
  • Pecutan 0 hingga 96km/j dalam 3.8 saat
  • Kelajuan maksimum 219km/j
  • Dimensi: panjang 3,100 mm, lebar 1,575 mm, tinggi 1,090 mm
  • Berat sekitar 560kg
  • Brek depan ventilasi bersama angkup empat omboh
  • Sistem stereng rack and pinion dengan 1.93 pusingan lock to lock
  • Rim Apollo 13 inci hitam
  • Suspensi perlumbaan Bilstein talaan khas Nürburgring
  • Hanya 100 unit dihasilkan seluruh dunia
Google ads
Back to top button