Buletin

DISKAUN ALAT GANTI DAN KOS BURUH SEHINGGA 20% KEPADA PELANGGAN NISSAN

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS) baru-baru ini mengumumkan program bantuan banjir Nissan.

Program itu menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus ke atas alat ganti dan kos buruh bagi meringankan beban kewangan pemilik Nissan yang terkesan akibat banjir.

Bukan itu sahaja, kos restorasi upholsteri turut ditawarkan pada harga RM1,655 bagi model sedan, serta RM1,988 untuk MPV, SUV, trak pikap dan van.

Pelanggan juga boleh memilih pelan pembiayaan mudah (EPP) daripada bil keseluruhan sehingga 12 bulan. Selain 6 bulan atau perbatuan 10,000km (mana-mana tiba dahulu) untuk penggantian alat ganti tulen Nissan.

Perkhidmatan menunda percuma (tertakluk kepada terma dan syarat) dan servis pada hujung minggu ada disediakan.

Anda boleh menghubungi hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838 atau cawangan TCEAS terdekat untuk temu janji.

Google ads
Back to top button