Artikel Pilihan

TOYOTA GR YARIS RS, DENGAN HARGA LEBIH MAMPU MILIK

Ketika GR Yaris dilancarkan 2 tahun lepas, ia sebenarnya datang dengan 4 varian yang berbeza. 3 varian utama ialah varian RC, RZ dan High Performance yang lengkap dengan sistem pacuan semua roda GR-Four, transmisi 6 kelajuan manual serta enjin 1600cc turbo G16E yang menjana 258 kuasa kuda dan 300Nm tork.

Satu lagi varian yang kurang dikenali ramai ialah varian RS yang menggunakan enjin yang berbeza dari varian yang lain. Walaupun masih diberikan enjin 3 silinder, sesaran enjin sudah dikecilkan kepada 1500cc dengan aspirasi normal.

Enjin 1500cc ini diberikan kod M15A FKS merupakan enjin Dynamic Force yang dibangunkan untuk platform TNGA. Ia merupakan enjin yang sama digunakan untuk Yaris Cross menjana 118 kuasa kuda dan 147Nm tork bukanlah pilihan enjin yang bagus untuk perlumbaan melainkan untuk kegunaan harian kerana purata penggunaan petrol ialah sekitar 18.2km bagi setiap liter

Transmisi manual 6 kelajuan juga diketepikan dan hanya diberikan transmisi Direct Shift – CVT dengan gear pertama menggunakan gigi gear. 9 kelajuan lain boleh dicapai secara maya dengan menggunakan penukar gear di belakang stering bagi menghantar semua kuasa enjin pada tayar depan.

Namun dari segi platform ia masih mengekalkan platform bespoked yang menggunakan topang McPherson di bahagian depan dan double wishbone di bahagian belakang. Disebabkan ia tidak dipasang dengan sistem GR-Four serta menggunakan pacuan depan, varian RS 150kg lebih ringan pada 1130kg

Varian RS juga menggunakan sistem brek biasa bukannya brek dengan angkup serta logo GR tapi masih mengekalkan format 3 pintu, bumbung yang dihasilkan daripada Carbon Fibre Reinforced Plastic, rim 18 inci Enkei dengan tayar 225/40, tayar Dunlop SP Sport Maxx, stering balutan kulit dan penukar gear balutan kulit.

Varian RS juga diberikan 3 mode pemanduan iaitu Eco, Normal dan Power tapi malangnya brek tangan mekanikal telah digantikan dengan brek parkir elektrik. Varian RS juga hanya menerima 2 pembesar suara, kusyen balutan fabrik tapi kekal dengan rekaan bucket . Model ini dijual pada harga RM 140,000 sahaja khusus untuk pasaran Jepun

Google ads
Back to top button