
DISYAKI BERSUBAHAT DENGAN PENYELUDUP DIESEL BERSUBSIDI, 9 STESEN MINYAK DIARAH TUTUP, BATAL LESEN
Sembilan stesen minyak di seluruh negara diambil tindakan termasuk arahan menutup premis kerana disyaki bersubahat dengan penyeludup diesel bersubsidi.
Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata, tindakan diambil mengikut Akta Kawalan Barang (AKB) 1961.
“Ini amaran kepada semua, bukan sahaja individu yang menyeleweng tetapi pengusaha stesen minyak.
“Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas termasuk menutup operasi stesen minyak, membatalkan lesen sekiranya mendapati mereka terbabit atau bersubahat dalam aktiviti penyelewengan seperti ini.
“Ada (stesen minyak) sudah ditutup, ada dalam siasatan, ada dalam risikan kita. Kita akan guna apa juga keupayaan kami untuk mencegah perkara itu dari berleluasa,” katanya pada sidang media Tindakan Kes Barang Bersubsidi si Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam.
Dari segi modus operandi, beliau berkata, ada yang mengisi lebih 250 liter melebihi had yang ditetapkan untuk sebuah lori.
“Ada juga yang membuat pengubahsuaian dari segi kenderaan, malah kita turut mengesan ada pengusaha stesen yang sengaja membenarkan penjualan lebih 250 liter,” katanya. – Harian Metro
- BACA: PERODUA KANCIL TERBAKAR DI STESEN MINYAK PETRONAS DISYAKI ADA KAITAN DENGAN AKTIVITI PENYELUDUPAN
- BACA: FLORIDA BATAL HAK MILIK HAMPIR 400 UNIT KERETA IMPORT HARAM DARI JEPUN
- BACA: WANITA KANTOI CUBA SELUDUP KELUAR RM10.5 JUTA DI LAPANGAN TERBANG
- BACA: CUBAAN SELUDUP 727 UNIT TAYAR KERETA MEWAH BERNILAI RM697K GAGAL



