Buletin

13 KALI KENA TANGKAP DALAM TEMPOH 18 BULAN!!! TAK SEDAR DIRI NI

Pihak berkuasa San Francisco telah menangkap individu untuk kali ke-13 dalam tempoh 18 bulan berikutan kesalahan mencuri kenderaan.

Menurut Balai Tenderlion Jabatan Polis San Francisco melalui akaun Twitter, individu terbabit merupakan pencuri prolifik kenderaan dan motosikal yang didapati menunggang motosikal klasik.

Pihak polis bertindak memberhentikan dan menahan lelaki berkenaan.

Sejak 18 bulan lalu, lelaki itu ditangkap secara purata sekali dalam tempoh 41 hari.

“Pada 12/1/2020, kira-kira pada pukul 11.52 pagi, pegawai Balai Tenderloin memberhentikan seorang lelaki dewasa yang sedang menunggang motosikal.

“Ketika melakukan pemeriksaan, pegawai mendapati motosikal terbabit dilaporkan telah dicuri. Pihak boleh menahan lelaki berusia 31 tahun itu.

“Dia didakwa atas kesalahan mencuri kenderaan, menerima harta curi, menyalahi paparan lesen plat dan memiliki barang kawalan,” kata kenyataan Unit Perhubungan Media SFPD.

Maklumat terperinci mengenai kes berkenaan tidak dapat diperoleh, tetapi melalui gambar, motosikal yang dicuri merupakan jenama Triumph. – carscoops

Google ads
Back to top button